Pada 23 Mac ini sekali lagi akan berlangsungnya kempen Earth Hour. Semestinya kita merasa bangga kerana dapat turut serta menyokong kempen yang bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai perubahan iklim dunia. Tetapi, selain daripada memadamkan lampu selama satu jam, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ini?
DIET BUAH-BUAHAN KERINGKAN KULIT? >>
SEHARI TANPA DAGING JAMIN JANTUNG SIHAT >>
Penuhkan Peti Sejuk
Tahukah anda peti sejuk yang kosong akan menggunakan lebih tenaga elektrik? Memenuhkan peti sejuk bukan sahaja dapat menunjukkan sokongan anda terhadap kempen Earth Hour tetapi dapat mengurangkan bil elektrik anda. Sekiranya anda tiada apa untuk disimpan di dalam peti sejuk, isikan air di dalam bekas kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Cabut Plag Peralatan Elektrik
Pembancuh kopi, pembakar roti, seterika, pengecas telefon dan komputer riba selalu sahaja tidak dimatikan suisnya walaupun anda tidak menggunakannya. Cabut semua plug peralatan elektrik yang tidak digunakan dan jadikannya amalan. Matikan telefon dan komputer anda kerana ia juga dapat menjimatkan tenaga.
CIPTAAN MASA DEPAN UNTUK KESENANGAN ANDA >>
Jemput Kawan Datang Ke Rumah
Adakan candlelite dinner bersama kawan-kawan anda dan semakin ramai yang berkumpul di rumah anda semakin banyak tenaga elektrik boleh dikurangkan. Secara logik, sekiranya anda tinggal berseorangan di rumah, anda mesti ada sedikit perasaan takut untuk bergelap seorang diri. Sekiranya anda mengajak rakan anda datang ke rumah, anda juga boleh menggesa mereka untuk menyokong kempen ini daripada mereka duduk di rumah sendiri dan menggunakan segala peralatan elektrik semasa Earth Hour.