Nama 'Le Pliage' diinspirasikan dari perkataan Perancis sendiri yang membawa maksud 'melipat' dan beg ini pula diinspirasikan dari seni origami Jepun. Longchamp Le Pliage® mencetus fenomena tersendiri sebaik dilancarkan pada tahun 1993 sekaligus menjadi beg Longchamp paling laris di seluruh dunia. Beg tote ini sangat ringan, kukuh, hadir dalam variasi warna dengan kemasan kulit, dan saiznya pula boleh dikecilkan apabila dilipat.
Le Pliage® diilhamkan oleh Philippe Cassegrain yang juga merupakan anak kepada pengasas Longchamp sendiri sebaik dia pulang bercuti dari Jepun. Hingga ke hari ini, Le Pliage® terus digemari dan menjadi salah satu beg yang bukan sahaja praktikal, malah ikonik.
Universal, mewah warna, versatil dan boleh dipelbagaikan! Le Pliage bukan sekadar beg biasa, ia juga bersifat mesra alam dalam usaha dunia mahu melestarikan alam sejagat. Himpunan Le Pliage® tahun ini bergerak selangkah ke hadapan juga seiring dengan hasrat dan usaha Longchamp yang mahu menjaga kelestarian dan kesejahteraan alam dengan menggunakan kanvas nilon tahan lasak.
Hari Ini Le Pliage® Green adalah koleksi Le Pliage® pertama yang diperbuat menggunakan nilon kitar semula, sekaligus menandakan satu lagi transisi Longchamp untuk menggunakan material ini dalam keseluruhan koleksi Le Pliage® menjelang tahun 2022. Longchamp melihat inisiatif ini adalah satu evolusi.
Le Pliage® Green hadir dalam empat pilihan warna dan nama-namanya diilhamkan dari alam semula jadi; Forest, Ocean, Earth dan ada juga edisi terhad Snow. Himpunan ini juga tampil berbeza dari Le Pliage® yang asal yang mana ia disempurnakan dengan kemasan 'Russian leather' dan sulaman pada logo Longchamp, dan setiap hujung zip beg ini tampil dalam warna hijau.
Pada tahun 2019 dan 2020, Longchamp mula memperkenalkan fabrik kanvas poliester daripada bahan kitar semula termasuklah kanvas ECONYL® yang diiktiraf dalam penghasilan himpunan My Pliage® Signature and Green District.
LE PLIAGE YANG MESRA ALAM
REUSE
•Bawa beg yang boleh diguna semula sewaktu membeli-belah. •Bawa bekas makanan sewaktu membeli makanan. •Gunakan kotak serba guna untuk menyimpan barang.
RECYCLE
•Asingkan bahan yang perlu dibuang terus dan yang boleh dikitar semula.
REDUCE
•Beli produk isian semula. •Beli barang yang tidak menggunakan banyak bungkusan. •Gunakan kiriman elektronik, kurangkan mencetak dokumen yang tidak perlu. •Guna alternatif lain dalam urusan harian, misalnya gunakan kain bagi menggantikan tisu.
Sertai kuiz ini dan ketahui yang mana satu Le Pliage® Green sepadan dengan personaliti anda.
Apa kata selebriti terkenal tentang My Pliage?
" Semua tahu My Pliage antara beg yang ikonik. Ia pilihan sempurna kala membeli-belah, bekerja atau bila-bila perlu berada di luar. My Pliage milik saya ada terukir nama saya, jadi senang membezakan dengan teman yang lain, kerana mereka juga punya beg serupa "
Jasmine Suraya
Daiyan Trisha
" Ada dua sebab utama mengapa saya sangat menyenangi My Pliage. Pertama kerana saiznya, ada variasi. Kedua saya sukakannya kerana ia sebuah beg yang sangat versatil dan praktikal "
Yaya Zahir
" Saya sangat sukakan My Pliage. Mengapa? Bagi saya ia sebuah beg yang sangat versatil. Selain itu saya rasa My Pliage juga sebuah beg yang 'cute' "