Mencari acara larian marathon & fun run yang terkini?
Separuh tahun 2025 menjanjikan pelbagai acara larian menarik di seluruh Malaysia, daripada marathon berskala besar hingga fun run bertema yang penuh warna dan keseronokan.
Sama ada anda seorang pelari tegar yang mengejar masa terbaik peribadi atau sekadar ingin berpeluh sambil berseronok bersama rakan-rakan, inilah masanya untuk lace up kasut larian anda dan sertai pelbagai acara yang akan berlangsung sepanjang tahun.
Tandakan kalendar anda dan bersiap sedia untuk memulakan marathon dan fun run 2025!
Oktober 2025
Shine Bright Pink October 5KM Fun Run
Tarikh: 9 Oktober 2025
Lokasi: Lalaport BBCC, Kuala Lumpur
Larian bertemakan kesedaran kanser payudara ini bukan sahaja menyeru gaya hidup sihat, tetapi juga menyokong mesej penting tentang kesihatan wanita. Peserta digalakkan berpakaian serba merah jambu untuk menambah warna pada acara ini.
MyCity Run 2025
Tarikh: 12 Oktober 2025
Lokasi: Putrajaya
Sebahagian daripada inisiatif Car Free Day, larian ini memberi peluang kepada masyarakat menikmati keindahan Putrajaya sambil beriadah. Jarak pendek 3 km dan 5 km sesuai untuk pelari baharu atau keluarga dengan anak kecil.
Carey Heritage Run 2025
Tarikh: 12 Oktober 2025
Lokasi: Carey Island, Selangor
Larian yang mengetengahkan warisan budaya dan keindahan semula jadi pulau Carey. Menawarkan kategori 5 km, 10 km dan 21 km, sambil memperkenalkan peserta kepada komuniti tempatan dan suasana unik di kawasan ladang.