Gambar : Instagram Kim Kardashian
Selebriti Hollywood yang bleh digelar Ratu Kontur ini memilih untuk tampil tanpa secalit mekap di pertunjukan fesyen Balenciaga Paris Fashion Week.
Kim Kardashian West hadir di acara fesyen itu tanpa memakai sebarang pembayang mata dan secalit gincu sekali pun di bibirnya.
Bahkan, mekap artis, Mario Dedivanovic juga memuat naik sekeping gambar di Instagram yang mana menunjukkan wajah segar isteri Kanye West itu dengan meletakkan kapsyen “No makeup. Moisturized by Mario.”
Kim turut berkongsi gambar yang sama dengan kapsyen “No make up today.” Dia juga sempat memuat naik video di Snapchat yang mana dirinya akui yang ia sangat selesa apa memilih untuk tanpa mekap.