Kulit kering sebenarnya adalah punca utama terjadinya masalah penuaan awal. Umur baru mencecah usia 30 tetapi sudah mempunyai masalah kulit berkedut dan garis halus, ia adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita.
Disebabkan masalah ini semakin lazim, KOSE jenama produk kecantikan popular dunia ini memperkenalkan rangkaian INFINITY untuk membantu wanita menyelesaikan masalah kulit ini. Asalnya, INFINITY adalah produk pembaharuan Deep Moisture Concentrate.
Tetapi kali ini, ia turut hadir dengan losen dan serum yang dihasilkan untuk memberikan kesan yang lebih mujarab pada kulit anda. Fokus utama pelembap INFINITY ini adalah untuk mengembalikan keanjalan kulit, memperbaiki masalah kendur pada kulit serta menghilangkan garis halus pada wajah.
Yang istimewanya, bahan utama dalam pelembap ini adalah ekstrak beras No.11. Ia dihasilkan dengan 100 peratus bahan daripada nasi putih yang dikukus dan mengambil masa lebih dari 90 hari untuk menjadikan ekstrak tersebut. Ekstrak beras No,11 dikatakan mempunyai kelebihan dalam menghidrat, mengandungi asid amino, peptides dan gula yang seimbang dan membolehkan kulit untuk menyubur dan lembap secukupnya.
Formula pelembap INFINITY Deep Moisture Concentrate terbaharu ini turut dicipta dengan daun pokok semambu. Ia adalah tumbuhan penting bagi perubatan tradisional masyarakat India. Ia juga dikenali sebagai Ayurveda.
Daun ini digunakan untuk pelbagai tujuan dalam kecantikan dan kesihatan. Di India, daun ini dipanggil farmasi kampung kerana kelebihannya dalam mengubati dan menyembuhkan cela dan penyakit. Ekstrak daun semambu digunakan dalam menghasilkan pelembap ini kerana ia berkesan dalam memberikan kulit segar dan cukup hidrat.
INFINITY Deep Moisture Concentrate dalam botol bersaiz 50ml pada harga RM330, manakala losyen INFINITY Deep Moisture Concentrate pula dalam botol saiz 160ml bernilai RM290 dan serum INFINITY Deep Moisture Concentrate bersaiz 50g dengan harga RM290.