Gambar : Shutterstock
Rata-rata pesakit kanser payu dara yang menjalani rawatan kimoterapi akan mengelami kesan sampingan termasuklah keguguran rambut. Ada yang memilih untuk meakai scarf dan ada juga yang menggayakan rambut palsu.
Nama David Shaw memangnya terkenal di kalangan selebriti Malaysia kerana hasil kerjanya yang bagus dan teliti. Selain membuat rambut untuk sesi fotografi, David juga turut menawarkan perkhidmatan kaunseling dan penggayaan rambut palsu untuk pesakit kanser yang inginkan gaya rambut terkini dan menarik bagi menaikkan keyakinan diri pesakit kanser.
Jom ikuti temubual bersama pengaya rambut profesional terkenal, David Shaw:
- Bila dan apa yang membuatkan kamu terfikir untuk memulakan perkhidmatan ini?
Saya bermula sejak dua tahun lalu. Pada mulanya saya selalu mendengar tentang orang menderma rambut untuk membuat rambut palsu dan diberikan kepada pesakit kanser. Jadi saya mula terfikir kenapa saya tidak melakukannya kerana saya mempunyai kemampuan untuk melakukannya lagipun agak susah untuk mendapatkan perkhidmatan seperti ini di Malaysia.
- Apakah perkhidmatan yang ditawarkan pada pesakit kanser?
Terlebih dahulu saya akan meminta ahli keluarga atau kawan e-melkan kepada saya gambar pesakit. Dari situ saya akan memilih rambut yang sesuai dan saya akan cuba untuk memilih gaya rambut sama dengan rambut asal pesakit agar pesakit rasa yakin dan selesa.
- Bagaimana cara anda menaikkan semangat atau memberi sokongan kepada pelanggan anda?
Saya akan cuba memberikan perkhidmtan yang bagus kepada mereka. Saya juga akan cuba memilih rambut dan gaya rambut yang dapat menaikkan kembali keyakinan diri mereka.
- Perasaan anda bila melakukan perhidmatan ini?
Bila saya melihat pelanggan saya tersenyum dan gembira dengan apa yang saya lakukan kepada mereka hati saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana saya dapat membantu mereka kembali ke kehidupan yang lama iaitu gembira dan berkeyakinan.
- Harga dan pakej yang ditawarkan?
Harga dan pakej bergantung kepada kualiti rambut palsu tersebut. Saya menggunakan rambut palsu yang diperbuat daripada rambut manusia kerana kualitinya yang bagus dan senang untuk digayakan dan selesa dipakai berbanding rambut palsu yang kurang berkualiti. Bagi rambut pendek RM480 dan rambut paras bahu harganya boleh mencecah antara RM2200 ke RM2500.
- Bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan ini?
Baai siapa yang ingin dapatkan perkhidmatan saya, boleh kunjungi laman Facebook : Hair Menu Wigs dan Instagram: Hairmenuwings atau hubungi dan melawat butik saya di Midfields Square
Ingin membaca laporan penuh tentang kanser payudara boleh dapatkan majalah EH! isu Oktober 2016.