Tahukah anda bahawa tahap lembapan pada kulit anda bergantung banyak pada cuaca dan suhu di persekitaran anda?
Jadi, seeloknya amalkan enam cara ringkas dan mudah ini untuk atasi masalah kulit kering dengan segera sebelum anda mengalami masalah penuaan yang cepat.
1. Sebaiknya, elakkan mandi terlalu lama setiap hari dan pastikan anda mandi dengan suhu air yang suam. Air yang terlalu panas membuatkan minyak semula jadi yang terhasil pada kulit anda hilang.
2. Selain pencuci wajah biasa, gunakan pencuci yang mengandungi pelembap. Elakkan menggunakan sabun yang mengandungi kandungan pewangi dan beralkohol.
3. Sapu losen dengan segera sesudah mandi atau mencuci tangan agar kulit kekal lembap dengan secukupnya.
4. Gunakan sabun pencuci tanpa wangian dan elak gunakan pelembut kain.
5. Jangan gunakan span mandian atau berus skrub yang memboleh merosakkan kulit anda. Ia boleh menyebabkan kadar lembapan kulit berkurangan.
6. Elak menggaru kulit muka atau tubuh.
EH! sarankan produk dari Sothys, Desquacrem Forte Microderm dengan formula terbaru sebenarnya sudah tiga generasi menggunakannya dan tidak pernah mengecewakan. Dengan pencuci ini, ia mampu membersih segala kotoran yang terselindung di dalam pori-pori wajah. Sothys percaya yang mana kulit bersih bukan hanya pada sekadar luaran, tetapi juga di bahagian kecil sebegini. Desquacream juga boleh membuang segala sel-sel kulit mati yang ada pada wajah dan sekaligus menjadikan kulit segar dan berseri setiap masa. Desquacream yang telah diperbaharui kandungannya kini dicipta dengan dua peratus asid salicylic dengan tambahan beras mikro bijirin untuk pengelupasan yang lebih mendalam dan garam asid amino Lipo berserta ekstrak Gypsophila untuk pencucian lebih mendalam. Dengannya, kulit akan lebih lembut, mulus dan segar dari dalam.