Pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizalman Ibrahim dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’.
Tahniah EH! ucapkan kepada Dato’ Haji Rizalman Ibrahim atas penganugerahan yang diterimanya hari ini. Berita penganugerahan tersebut dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Melalui gambar yang dimuat naik olehnya, Dato’ Rizalman kelihatan memakai baju melayu serba hitam bersongkok serta kain selimpang dan pingat penganugerahan.
Tulisnya di dalam kapsyen gambar tersebut, Dato’ Rizalman cukup mensyukuri atas segala yang dikurniakan kepadanya selama ini. Bahkan dia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu yang tidak henti menyokong kariernya selama ini.