Kota Paris sememangnya terkenal dengan aura fesyen yang sentiasa mempengaruhi stail ramai, terutama sekali gaya gadis Paris yang sentiasa kelihatan chic dan bersahaja.
Gaya harian gadis Paris lebih tertumpu pada ceraian fesyen mix and match. Sudah tentu ada tip untuk tampil seakan gadis Paris yang menjadi tumpuan ramai pabila anda menjejakkan kaki di kota fesyen itu.
EH! kongsikan tip berfesyen ala gadis Paris di bawah yang boleh anda lalui transformasinya sendiri hanya dari helaian gerobok fesyen anda sedia ada.
Pilihan rona neutral
Gadis Paris sukakan ceraian fesyen berwarna hitam, putih, navy dan nude serta rona-rona tanah. Bukan hanya mudah untuk disuai padankan setiap hari bersama rona natural yang lain, ia juga membuatkan penampilan tampak ringkas namun versatil. Dengan memadankan sedikit aksesori, ia juga sesuai untuk digayakan kala ke mana-mana majlis.
Mix and match
Kunci utama stail gadis Paris adalah suai padan. Pandai menyuai padan setiap helaian yang berona neutral mampu menjadikan stail anda cukup menyerlah kala tampil ke pejabat, kasual atau pun ke majlis rasmi. Cuma pastikan ia tampak ringkas (tidak terlalu mencuba) dan sesuai kala di suai padankan bersama.
Padanan aksesori
Gadis chic Paris memfokuskan pada aksesori yang terbaik dan berkualiti untuk disuaikan bersama outfit untuk menonjolkan gaya nan tersendiri. Mereka juga hanya memakai beberapa aksesori pada satu masa. Ia termasuklah tas tangan berona neutral seakan tas tangan ELLE dari koleksi Parisian Closet, mutiara, skarf sutera, rantai atau gelang tangan atau pun pakaian dalam yang cantik.
Solekan dan penjagaan kulit
Parisian chic sentiasa menjaga kesihatan kulit mereka dan suka memilih solekan yang natural. Ditambah pula dengan gincu pilihan mereka iaitu berona merah.
Menerusi kempen terbaru ELLE the Parisian Closet, dua beradik Emma dan Cha Cha Maembomg tampil berbeza melalui transformasi yang menonjolkan mood dan stail yang lain dari persalinan harian mereka.
Emma memang terkenal dengan gaya serta personalitinya yang cukup feminin dan manis dipandang, manakala adiknya pula Cha Cha pula dilihat sebagai seorang yang lebih ke hadapan dalam bergaya dan dilihat cuba mengikut arus trend fesyen semasa.
Emma kelihatan cukup versatil dalam kot trench bersama hijab, dipadankan pula dengan sepasang sepatu chinoz yang menambahkan aura maskulin pada masa yang sama.
Cha Cha yang sering dilihat senang dengan karakter muda serta gaya hip hop tampil serba feminin bersama kot trench dan kasut tumit tinggi berona hitam, menyerlahkan gaya seksi feminin ala Parisian chic tapi dalam masa yang sama cukup classy.
Untuk lengkapi gaya gadis Perancis, padankan bersama tas tangan serta cermin mata hitam potongan cat-eye sebagai aksesori. Pastinya aura seorang gadis Paris itu lebih terserlah!
[soliloquy id=”100615″]
@ellebagsmy
Model : Elecher Lee, Emma & Cha Cha Maembong
Solekan : MAKE UP FOR EVER
Dandanan Rambut : Wella Professionals
Tempat : MANTRA Bar Bangsar Village II
Gambar : Six Studio
Imbas kod ini untuk maklumat lanjut: