Amyra Rosli selamat melangsungkan majlis malam berinai yang diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah semalam.
Pasangan pelakon ini bakal diijab kabulkan sebagai suami isteri esok hari (Jumaat, 11 November). Majlis malam berinai Amyra diadakan di kediaman keluarga Amyra sendiri dengan dihadiri beberapa orang media serta ahli keluarga terdekat.
Aktres popular ini memilih khidmat berinai dari Syazmoralee_henna untuk majlis tersebut. Pasangan sejoli ini tampil dengan persalinan hijau zamrud rekaan Rizman Ruzaini.
https://www.instagram.com/p/BMmSO5WhtbI/?taken-by=syazmoralee_henna
Amyra mengenakan kurung Kedah dilengkapi dengan kain songket manakala Amar pula menggayakan baju melayu Johor. Majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur esok, manakala majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan bakal diadakan di hotel yang sama pada keesokan harinya, 12 November.
Majlis bertandang akan berlangsung pada 19 November depan. EH! ucapkan tahniah buat Amar dan Amyra. Semoga segalanya berjalan lancar dan peroleh kebahagiaan selamanya.