Dengan sekali lafaz, Amyra Rosli dan Amar Baharin selamat dinikahkan pada Jumaat lalu.
Amyra menerima mas kahwin RM1,111 bersama lima dulang hantaran dari Amar dan berbalas tujuh dulang hantaran. Majlis resepsi pasangan selebriti ini cukup meriah dengan bertemakan Black Glam bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur.
Amyra tampil dengan persalinan indah dengan gaun kembang rona beige rekaan Rizman Ruzaini, manakala Amar pula menyarung sut mewah rekaan pereka fesyen yang sama.
Majlis resepsi Amar dan Amyra yang berlangsung pada waktu malam tersebut turut dihadiri rakan artis termasuklah Fara Fauzana, Saharul Ridzwan, Zarina Zainuddin Didie Alias, Linda Rafar, Hafreez Adam dan Faezah Elai.
Tetamu di majlis resepsi pasangan sama cocok sama padan ini turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian Jaclyn yang mendendangkan sebuha lagu Mencintaimu nyanyian asal Krisdayanti.
Ibu kepada Amyra, Norzaridah Ahmad yang juga merupakan pengurus bagi pasangan ini mengaku yang dirinya berat untuk melepaskan anak kesayangannya itu, namun dia merelakan segala rasa berat itu demi kebahagiaan Amyra.
“Saya terlalu sayangkan Amyra seumur hidup, namun kini dirinya menjadi milik putera terbaik yang menjadi pilihan hatinya. Saya harapkan Amar akan menjadi payung, awan, laut, ombak dan segala-galanya dalam hidup Amyra. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan mereka. Saya gembira masih diberi waktu dan kesempatan untuk melihat puteri kesayangan bersanding. Saya juga halalkan segala-galanya supaya jalan Amyra dan Amar meniti hidup dipermudahkan. Doa saya, Amyra akan menjadi isteri yang solehah dan sentiasa disayangi suami,” katanya kepada BH Online.
EH! himpunkan gambar-gambar indah di sekitar majlis pernikahan dan resepsi Amar Baharin dan Amyra Rosli.
https://www.instagram.com/p/BMq8zhPgyRo/?taken-by=aamyrarosli&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMq84EzgqRu/?taken-by=aamyrarosli&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMraeUygQg0/?taken-by=aamyrarosli&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMserXXA0ks/?taken-by=aamyrarosli&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMshuFRg2tF/?taken-by=aamyrarosli&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMsifTBAzB4/?taken-by=aamyrarosli&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMt_nnWAkrd/?taken-by=aamyrarosli&hl=en