Muzik adalah satu terjemahan kepada ekspresi. Ia boleh jadi satu yang sarat dengan rasa gembira, cinta, sedih, penuh motivasi dan juga boleh jadi sangat feminist.
Ramai juga penyanyi wanita terkenal menggunakan ‘kuasa’ suara mereka dalam menyebarkan mesej memperkasakan wanita (women empowerment).
Saya memilih 10 lagu feminist yang jadi kesukaan saya sejak dulu lagi. Mungkin salah satu lagu yang saya pilih ini akan jadi ‘women anthem’ kamu.
Q.U.E.E.N. — Janelle Monae feat. Erykah Badu
Saya sukakan susunan melodi lagu ini yang mana lagu ini diakhiri dengan rap dengan intonasi cukup feminist oleh Janelle. Kehadiran Erykah Badu pula membuat saya lebih menyukai lagu ini. Seperti bait lirik Erykah dalam lagu ini,
“Baby, we in tuxedo groove, Pharaohs and E. Badu, Crazy in the black and white,
We got the drums so tight, Baby, here comes the freedom song,
Too strong we moving on”.
Oh saya juga sukakan video muzik lagu ini.
I’m Just A Girl — No Doubt
Jika kamu 90’s babies, ‘gila’ kalau kamu tidak sukakan Gwen Stefani sewaktu dia muncul bersama No Doubt. Dialah gadis punk paling cool era itu. Dalam lagu ini Gwen menyindir mindset tipikal masyarakat (lelaki),
“’Cause I’m just a girl, a little ‘ol me
Well don’t let me out of your sight
Oh I’m just a girl, all pretty and petite
So don’t let me have any rights”
Independent Women Part 1 – Destiny’s Child
“The shoes on my feet, I’ve bought it
The clothes I’m wearing, I’ve bought it
The rock I’m rockin’, ‘Cause I depend on me
If I wanted the watch you’re wearin’, I’ll buy it”
Dari awal hingga ke penghujung lagu, lirik lagu yang menajdi lagu tema filem Charlie’s Angels ini berbicara tentang wanita yang berdikari, yang boleh hidup atas kaki sendiri. Lagu ini antara lagu Destiny’s Child kesukaan saya sejak sekolah sehingga hari ini.
A Woman’s Worth – Alicia Keys
Sewaktu Alicia Keys muncul saya jatuh cinta dengannya menerusi lagu ini, bukannya Fallin’. Lagu ini yang membuatkan saya ke kedai membeli album debut Alicia. Dalam lagu ini Alicia menyeru lelaki supaya menghargai perempuan. Di awal video muzik lagu ini sendiri diselitkan adegan seorang kanak-kanak lelaki yang cuba ‘mengurat’ Alicia dengan ayat-ayat tipikal lelaki dewasa.
“If you treat me fairly
I’ll give you all my goods
Treat you like a real woman should
Baby I know you’re worth it
If you never play me
Promise not to bluff
I’ll hold you down when shit gets rough
Cause baby I know you’re worth it”
Man! I Feel Like A Woman – Shania Twain
Lagu-lagu country it’s not cup of my tea, tapi Shania Twain is exceptional. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah saya dengan kawan baik saya (Naim) suka sangat dengan Shania Twain, dan ini antara lagu kesukaan kami. Dalam lagu ini Shania bercerita tentang kebebasan yang wanita mahukan. Bebas berasa seronok.
“Oh, oh, oh, go totally crazy-forget I’m a lady
Men’s shirts-short skirts
Oh, oh, oh, really go wild-yeah, doin’ it in style
Oh, oh, oh, get in the action-feel the attraction
Color my hair-do what I dare
Oh, oh, oh, I wanna be free-yeah, to feel the way I feel
Man! I feel like a woman!”
Respect – Aretha Franklin
Ini mungkin women anthem zaman emak-emak kita. Lagu ini dirakamkan pada tahun 1965, dan menariknya lagu ini turut menggunakan suara kakak dan adik Aretha sendiri (Erma dan Carolyn Franklin) sebagai penyanyi latar. Lagu ini juga telah menghadiahkan Aretha dua anugerah Grammy pada tahun 1967. Dalam lagu ini Aretha mengharapkan penghormatan daripada lelaki, dan itu saja yang dimahukan oleh seorang wanita.
“All I’m askin’ (oo)
Is for a little respect when you come home (just a little bit)
Baby (just a little bit) when you get home (just a little bit)
Yeah (just a little bit)”
https://www.youtube.com/watch?v=_DZ3_obMXwU
What It Feels Like For A Girl – Madonna
Rangkap awal lagu ini sudah cukup menceritakan tentang apa yang mahu disampaikan Madonna.
“Girls can wear jeans
And cut their hair short
Wear shirts and boots
‘Cause it’s OK to be a boy
But for a boy to look like a girl is degrading
‘Cause you think that being a girl is degrading”
https://www.youtube.com/watch?v=1eBLNzbHyi0
U.N.I.T.Y – Queen Latifah
Lagu ini menghadiahkan Queen Latifah anugerah Grammy 1995 bagi kategori Persembahan Rap Solo Terbaik. Queen latifah memberi peringatan kepada lelaki untuk tidak mempersendakan atau memain-mainkan wanita.
“Bad days at work, give you an attitude then you were rough
And take it out on me but that’s about enough
You put your hands on me again I’ll put your ass in handcuffs”
Dan Queen Latifah menyambung lagi
“I don’t want my kids to see me getting beat down
By daddy smacking mommy all around
You say I’m nothing without ya, but I’m nothing with ya
A man don’t really love you if he hits ya”
Obsessed- Mariah Carey
Jika didengar secara kasarnya lagu ini tidaklah memperjuangkan hak wanita atau bersifat feminist secara nyata. Tapi bila tiba bait lirik pada hujung korusnya, Mariah meluahkan rasa bangga pabila dia berjaya menolak cinta seorang lelaki yang merasakan dia mampu memiliki mana-mana wanita yang dia mahu. Dan lagu ini dikatakan ditujukan kepada Eminem.
“Ohh, finally found a girl that you couldn’t impress,
Last man on the earth, still couldn’t get this.”
Bag Lady- Erykah badu
Dalam senarai ini, inilah lagu yang paling saya suka. Saya boleh mendengar lagu ini berulang-ulang kali. Adakalanya saya set kan iPhone saya dalam ‘repeat mode’ semata-mata mahu mendengar lagu ini terus-terusan sewaktu memandu. Saya lebih sukakan rentak lagu ini dalam video muziknya kerana lebih groovy berbanding lagu asal di dalam album Erykah Badu, Mama’s Gun. Dalam lagu ini Erykah berulang kali menyebut,
“One day he gone say you crowdin my space
One day he gone say you crowdin my space
I said one day he gone say you crowdin my space
One day he gone say you crowdin my space
So pack light
Pack light
Pack light”
Yang mana saya percaya Erykah mengajak semua wanita supaya sentiasa bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan dalam hidup. Mungkin akan tiba satu hari nanti pasangan kamu sudah tidak sukakan kamu.