Jika sebelum ini kecoh dengan carian doktor kacak di dunia, kali ini muncul pula guru matematik yang paling sado dan segak.
Namanya Pietro Boselli dan berasal dari Itali, dia bekerja sebagai guru subjek matematik di University College London.
Dalam masa yang sama, Pietro bukan hanya seorang guru, malah juga melakukan kerja sampingan sebagai seorang model. Tidak hairanlah tubuhnya cukup segak dan terjaga rapi.
Sebenarnya, bakat Pietro sebagai seorang model sudah ada sejak dari kecil lagi. Bahkan pada usianya 8 tahun, Pietro pernah menjadi model kanak-kanak untuk jenama fesyen terkenal Armani.
Mungkin sebelum ini Pietro agak cuba menyembunyikan perihal kerjaya sampingannya itu dari pelajar-pelajarnya, namun guru kacak ini mula mendapati yang mana ramai pelajar-pelajarnya cuba menangkap gambarnya secara senyap-senyap dan telah pun memuat naik gambarnya di dalam internet.
Dari situ, bermulanya populariti cikgu matematik ini di alam maya pabila salah seorang pelajarnya membuat penyertaan di dalam sebuah pertandingan ‘Guru Paling Kacak’ di Facebook dan memenanginya.
Pietro juga dinobatkan sebagai guru paling kacak di dunia oleh Majalah People. Bukan calang-calang model, Pietro mula dikenali oleh jenama-jenama gergasi dunia dan pernah menjayakan kempen jenama besar seperti Moschino, Equinox, and Vogue.
Sumber : Cosmopolitan.my