Kanye West dilaporkan kini berada pada tahap masalah mental paling kritikal dan seakan tahanannya di hospital dilanjutkan lebih dari apa yang disangka.
Menurut laporan media antarabangsa, TMZ, suami kepada Kim Kardashian itu kini ditahan di UCLA Media Center sekurang-kurangnya sehingga hujung minggu ini.
Tatkala keluarga serta masyarakat lain di Amerika Syarikat sedang menyambut hari kesyukuran (Thanksgiving) Kanye hanya berada di hospital sementelah keadaannya yang tidak stabil.
Ahli keluarga Kanye menginginkan rapper ini pulang ke rumah untuk sambutan kesyukuran itu dan percaya yang ia mampu membantu pemulihan Kanye secara perlahan-lahan, namun pabila melihat keadaan Kanye semalam, membuatkan niat keluarga Kanye itu adalah satu yang mustahil.
Tambahan lagi, mengikut pada laporan TMZ, doktor yang merawat Kanye memberitahu pihak polis yang mana rapper itu mengalami masalah psikosis sementara yang disebabkan oleh masalah tidak cukup tidur dan dehidrasi melampau. Bahkan, masalah tersebut seakan semakin mendalam dan agak teruk.
Masalah tekanan perasaan yang dialami Kanye sekarang ini cukup penting untuk polisi insurans nya untuk membantu dalam membayar semula kerugian yang dialami setelah Kanye membatal kesemua 21 konsertnya.