Rata-rata selebriti popular tempatan kini tidak hanya menumpukan karier mereka dalam industri seni, malah juga mencuba nasib dalam bidang perniagaan yang mana kebanyakkannya kini mempunyai produk kecantikan keluaran mereka sendiri.
Tidak hanya tertumpu pada karier seni semata, selebriti ini mahu menggunakan populariti yang ada untuk dunia perniagaan pula. Sebahagian artis wanita kita sudah pun memulakan langkah dengan menghasilkan item kecantikan mereka sendiri.
Mungkin sebelum ini kita lihat di mana, Kylie Jenner tampil dengan lip kit keluarannya sendiri, sekarang kita pula boleh mendapatkan banyak gincu keluaran selebriti tanah air yang boleh dikatakan cukup berkualiti dan menepati cita rasa masa kini.
EH! senaraikan lipstik keluaran selebriti tempatan di bawah.
Hanis Zalikha – Shade Dough
Tidak hairan sekarang ini jarang untuk melihat Hanis Zalikha di kaca televisyen kerana kini dia sibuk dengan perniagaannya iaitu lipstik selain sibuk menumpukan perhatian pada keluarganya. Lima rona lipstik ShadeDough menjanjikan hasil yang tidak akan mengecewakan pemakainya.
Rita Rudaini – Gincugincu
Dalam masa yang sama, Rita tidak hanya sibuk dengan menguruskan perniagaan kafenya Rumah Kueh yang terletak di Kota Damansara, tetapi juga lipstik keluarannya sendiri. Empat rona Gincugincu termasuklah Sipermom, Brave, Dangerous dan Dominate.
Hunny Madu – Madu Cosmetics
Hunny Madu juga mempunyai koleksi lipstik keluarannya sendiri. Hadir dengan tujuh rona pusam yang memukau, kini ia sudah boleh didapatkan secara online menerusi Instagram rasmi Madu Cosmetics.
Izara Aishah
Affordable, no habuk, moisturizing, makan proof, Tak mau buat kiss proof! .. Haha! Biaq kantoi! ? #ApaLagiMau ? #stillworkingonit pic.twitter.com/6LxFk3MwBt
— Madame Izara (@IzaraAishah) November 4, 2016
Izara Aishah tidak ketinggalan untuk menghasilkan koleksi lipstik jenamanya sendiri. Meskipun masih lagi dalam perancangan, tetapi boleh dilihat something big is coming from this beautiful celebrity!
Nabila Huda – Mariposa
Meskipun masih lagi dalam proses perancangan, tapi seakannya Nabila Huda turut akan hadir dengan lipstik jenamanya sendiri yang dipanggil Mariposa. Menerusi satu post nya di laman Instagram, boleh dilihat yang Nabila bakal tampilkan beberapa rona lipstik pusam tidak lama lagi. Just stay tune okay!