Masih lagi ragu-ragu akan status perhubungan rapat antara Neelofa dan Fattah Amin, baru-baru ini kecoh di media sosial yang mana sekeping gambar menunjukkan Neelofa sedang menemani Fattah bermain futsal.
Disebabkan hubungan rapat dan kemesraan yang terserlah di antara pasangan ini, ia membangkitkan tanda tanya ramai adakah cinta berputik anda mereka berdua.
Fattah menyatakan kepada portal Astro Gempak yang mana pada ketika itu sebenarnya Neelofa datang bersama rakan-rakannya dan mereka bukanlah berdua sahaja seperti yang digembar-gemburkan.
“Untuk pengetahuan ketika perlawanan futsal berlangsung, Lofa hadir bersama beberapa rakan baiknya. Mungkin dalam video nampak macam Lofa datang teman saya tapi sebenarnya ramai lagi rakan-rakan yang ada. Yang rekod video kami berdua itu pun salah seorang daripada teman baiknya cuma bila dilihat pada video itu nampak seperti kami berdua saja.
Bila diajukan soalan berkenaan dengan perkahwinan, Fattah menjawab “Kahwin? Belum ada target umur dan saya pun tak terfikir lagi. Masih banyak benda yang saya belum capai. Jadi lebih baik saya bina kerjaya dan fokus dengan kerja yang saya buat dulu sebelum pikul tanggungjwab besar sebagai seorang suami.”
Sebelum ini, Fattah yang pernah muncul bersama Neelofa di dalam program MeleTOP pernah mengakui yang Neelofa merupakan wanita yang mempunyai citarasanya.
Bahkan, Fattah sendiri mengakui yang dia selesa bersahabat dengan Neelofa yang mana seorang selebriti serta ahli perniagaan yang berjaya.