“Sebenarnya ini merupakan satu anugerah yang saya tak sangkakan. Alhamdulillah sebab peminat semua mengundi kami dan ini bermakna yang kami masih diberikan kepercayaan oleh peminat semua. Ini merupakan satu anugerah yang boleh buatkan kami terus bahagia sampai bila-bila. Terima kasihlah atas doa-doa kalian. Rezeki anak namanya ni,” ujar Akim ketika ditemui selepas malam Anugerah Melodi.
Bercakap lanjut, Akim menyatakan yang mana Stacy tidak dapat ikut sama ke majlis penganugerahan tersebut dek kerana Akim mahukan isterinya itu lebihkan berehat di rumah kerana sedang sarat mengandung anak sulungnya yang masih lagi tidak pasti akan jantinanya itu.
“Bukan masakan Sabah sahaja, dia juga sukakan masakan-masakan tradisi Melayu. Sebenarnya dia sebelum ni, jarang makan makanan tradisi asli Melayu. Tapi bila mengandung sekarang ini, dia agak keraplah makan makanan Melayu,” kata Akim lagi.
“Perangai pelik ketika Stacy hamil sekarang ini, memang tiada. Tetapi setiap kali saya bangun, saya memang boleh dapat rasa yang dia akan memarahi saya. Saya sendiri tak tahu kenapa,” jelasnya sambil tergelak.
Katanya lagi, “Saya rasa yang di hujung-hujung kehamilan sekarang ini, saya tahu yang sesetengah wanita akan mengalami seperti mimpi buruk sebagai contoh, dia mimpi saya keluar dengan perempuan lain ke, jadi dari situ saya dimarah. Saya pun macam apa salah saya? Kan? Tapi bagi saya, itu salah satu proses bagi saya untuk jadi lebih tenang, penyabar, dan belajar untuk mengawal situasi itu.”
Sejak berkahwin, Akim sememangnya lebih suka menghabiskan masa bersama Stacy di rumah. Katanya lagi, mereka lebih gemar memasak dan makan di rumah dari makan di luar kerana baginya ia lebih menyelerakan kala menikmati masakan dari air tangan sendiri.
Stacy sendiri pernah mengaku pada Akim yang mana pabila dia terasa lebih emosi atau tertekan, dia lebih suka menghabiskan masa dengan memasak kerana dengan cara itu ia lebih memberikannya ketenangan.
Pabila ditanya kepada Akim yang mana adakah dia seorang lelaki yang sukakan jenis wanita yang lebih menghabiskan banyak masa di rumah berbanding mengejar kerjaya, jawabnya “Saya kenal dia sebagai seorang Stacy. Dan saya bukannya seorang kejam. Saya rasa apa yang dia buat itu adalah untuk keluarga dia, dan dia fight untuk apa segala-segalanya pun untuk keluarga sahaja. Jadi, tak salah untuk saya memberikan sokongan terhadap karier nyanyian dia dan saya sendiri pun ada contribute sekali dalam kerjaya dia. Saya seorang yang menyokong dia sepenuhnya. Saya tak kisah kalau selepas bersalin nanti dia nak sambung balik kariernya sama ada menari atau pun menyanyi. Lagipun ia satu aktiviti yang sihat untuk dia.”