Menerusi akaun Instagram milik Noor Nabila, kakak kepada Neelofa yang mana umum tahu mempunyai hubungan istimewa dengan aktor popular Sharnaaz Ahmad, terlihat video pendek menunjukkan yang dirinya melalui hari istimewa buatnya hari ini.
Video pendek berkenaan dimuat naik oleh Nabila menerusi aplikasi Instagram di bahagian Instastories. Di dalam video pendek berdurasi beberapa saat itu, dilihat yang mana seolah-olah Nabila telah dirisik oleh lelaki istimewa di dalam hidupnya, tak lain tak bukan, Sharnaaz.
Menerusi kepingan gambar yang dikongsikan dalam video tersebut, terlihat seorang wanita dipercayai ibu kepada Sharnaaz sedang menyarungkan cincin ke jari Nabila serta di disinya adalah ibunya, Noor Kartini.
Meskipun tidak dikongsikan secara umum lagi, kami percaya yang ia merupakan hari bahagia yang dinantikan oleh pasangan ini untuk membawa hubungan yang terjalin ke peringkat yang lebih serius.
Tidak dipastikan lagi akan butiran penuh pertunangan atau perkahwinan, namun yang pasti Sharnaaz dan Nabila sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan tidak sepertimana kecoh di media sosial baru-baru ini menyatakan yang Sharnaaz telah bertindak kasar terhadap kekasihnya itu.
Jika berita ini adalah benar, EH! ucapkan semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan buat pasangan Sharnaaz dan Nabila.