Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang baru sahaja mengumumkan pengunduran diri mereka dari program variasi popular Running Man minggu lalu kini membuat keputusan untuk mendermakan sepenuhnya baki pendapatan mereka kepada badan kebajikan.
Sebelum ini, Kim Jong Kook yang telah dijadualkan bakal membuat persembahan terakhir pada 19 Disember ini, namun setelah syarikat SBS melakukan mesyuarat tergempar bersama krew dan barisan selebriti, masing-masing telah bersetuju untuk menamatkan program kegemaran ramai itu pada Februari 2017.
Setelah itu Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo mengambil keputusan untuk mendermakan baki penuh wang bayaran yang mereka bakal terima di program tersebut.
Tetapi masih tidak dapat dipastikan lagi bagaimana atau badan kebajikan mana yang ingin mereka salurkan derma tersebut. Dikatakan yang keputusan tersebut mula timbul mendadak pabila perasaan bersyukur terhadap penonton yang tidak henti menyokong mereka serta dalam masa yang sama merasakan yang ia patut untuk mereka menyatakan maaf akan berita pembubaran Running Man yang semestinya membuatkan ramai bersedih.
Berikutan keputusan pembubaran Running Man itu, masing-masing mahu lakukan yang sebaik mungkin sehingga ke penghujungnya Februari nanti.