Siapa yang tak mahu kulit halus mulus bak bayi bukan? Kuncinya adalah selidik masalah sebenar yang kulit anda alami dan dari situ anda cari jalan penyelesaiannya.
EH! senaraikan tujuh masalah kulit dan cara mengatasinya dengan secepatnya.
1. MASALAH: KULIT MENGELUPAS
Pada mulanya bertujuan untuk mengupas lebihan kulit yang kering, seterusnya mengutil kuping dan luka. Apabila selesai barulah rasa bersalah dan menyesal.
PENYELESAIAN:
Nasihat ringkas daripada Profesor Dermatologi Klinikal di Mount Sinai School of Medicine, Heidi Waldorf adalah ‘JANGAN KUPAS!’ Dia sering mengingatkan para pesakit setiap kali mereka hadir untuk temu janji.
2. MASALAH: KULIT KEMERAHAN
Perasaan takut atau malu yang biasanya berlaku dalam aktiviti sosial, merangsang adrenalin dalam saluran darah di bahagian muka dan seterusnya menyebabkan kemerahan.
PENYELESAIAN:
• Jika kemerahan berlaku pada waktu yang spesifik seperti ketika berbual di khalayak ramai, dengan pengambilan Beta Blocker lebih awal dapat membantu menghentikan rangsangan adrenalin.
• Anda juga boleh mengunyah ais atau meletakkan tin minuman sejuk pada urat anda untuk beberapa minit. Suhu sejuk dapat menyekat denyutan ke saraf yang menyebabkan kemerahan, seterusnya mengurangkan punca kemerahan.
• Ada juga penyelesaian jangka panjang untuk kemerahan yang disebabkan oleh emosi. Anda perlu belajar bahawa beberapa perbuatan dan kawalan emosi yang dapat mengurangkan tekanan, mengurangkan stres dan mengelak daripada kemerahan.
3. MASALAH: ROSACEA
Rosacea dapat dilihat melalui kulit kemerahan akibat stres, makanan pedas, wain merah atau perubahan suhu. Pergerakan darah yang berpunca dari faktor – faktor ini turut menyebabkan tumbuh jerawat pada wajah yang biasanya hadir dengan rosacea.
PENYELESAIAN:
• Mengawal stres dan mengelakkan pengambilan makanan pedas adalah kunci untuk mengurangkan simptom rosacea.
• Pulsed-dye lasers, seperti Vbeam dapat membantu pesakit Rosacea yang sering menghadapi kemerahan kulit.
• Ia mampu mengurangkan kemunculan ketara kemerahan pada muka yang mana berfungsi mengurangkan pengaliran darah di kawasan yang disapu. (Ia tidak berkesan sepenuhnya kepada mereka yang mengalami kemerahan yang disebabkan emosi kerana mereka selalunya tidak mempunyai lebihan saluran darah. Pesakit rosacea dapat melihat keputusan selepas sesi pertama hingga sesi ketiga.
4. MASALAH: JERAWAT
Hormon stres menyebabkan minyak dihasilkan, seterusnya menyumbatkan liang pori.
PENYELESAIAN:
• Langkah – langkah untuk nyah jerawat supaya kulit kekal sihat. Apa saja perbuatan yang dapat mengurangkan
stres dalam badan anda seperti senaman
tai chi, joging, hubungan intim, mandi air suam – boleh mengurangkan jerawat.
• Walaupun orang yang paling tenang
dan tiada masalah pun boleh dihinggapi jerawat, sememangnya itu perkara normal. Apabila berlaku, rawatnya dengan krim jerawat yang bertindak membersihkan pori-pori atau yang mengandungi asid salisilik.
5. MASALAH: KULIT SENSITIF
Apabila emosi bercelaru, kulit anda juga akan menerima kesannya. Puncanya adalah Nueropeptides yang membuatkan kulit berasa sensitif dan reaktif. Kajian menunjukkan stres akan mengurangkan kandungan air pada kulit. Apabila lapisan permukaan kulit menjadi kering, sel-sel yang sepatutnya kembang dan padat kini mengecut dan mengecil. Ruang antara sel-sel akan mengundang rengsa. Walaupun anda mempunyai kulit yang cantik, jangan terkejut jika anda mendapati krim yang biasa anda guna boleh menyebabkan gatal dan pedih pada kulit. Tetapi biasanya keadaan ini berlaku hanya untuk sementara.
PENYELESAIAN:
• Ambil makanan tambahan seperti omega fatty acids (ikan, flaxseed dan evening primrose oils) dan Vitamin D3 yang terbaik untuk membaiki kulit.
• Elakkan bahan-bahan yang bertindak balas dengan kulit seperti retinoid, lulur yang kasar, asid dan produk yang mengandungi kandungan pewangi yang tinggi. Hanya gunakan pembersih yang mengandungi bahan-bahan yang lembut, melembapkan seperti feverfew, bisabolol dan ekstrak teh hijau.
• Lembapkan kulit anda dengan formula yang mengandungi dimethicone, ceramides, dan humectants (seperti asid hialuronik), yakni bahan yang membaiki dinding kulit dan membantu untuk berfungsi dengan lebih baik.
6. MASALAH: KEGATALAN
Emosi tidak terkawal juga boleh menyebabkan kegatalan dengan menaikkan suhu badan dan mengeluarkan adrenalin yang mengakibatkan munculnya bintik-bintik merah atau kegatalan. Kebimbangan, kemarahan ataupun ketawa boleh menyebabkan rasa gatal yang datang tiba-tiba dan berlanjutan hingga beberapa jam. Kadangkala berlaku berulang kali untuk beberapa minggu atau bulan.
PENYELESAIAN:
• Mengawal kegatalan dan emosi adalah langkah pertama untuk memulihkan kegatalan.
• Teknik relaks juga berkesan untuk sesetengah orang. Jika senaman yoga dan mengawal pernafasan tidak dapat membantu anda, cuba duduk di dalam bilik yang dingin, gelap dan selesa.
7. MASALAH: RUAM
Ruam boleh terjadi bila-bila masa. Emosi boleh menyebabkan kegatalan, merah-merah dan kuping. Secara tiba-tiba, ruam boleh terjadi disebabkan rembesan histamin kerana stres. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mereka yang menghidapi ekzema atau psoriasis—jika ia adalah faktor genetik, anda akan menghadapinya lebih kerap kerana stres mengaktifkan sel T(sel darah putih) dan cytokines yang mana akan membuatkan keadaan bertambah buruk.
PENYELESAIAN:
• Oleh kerana stres akan memburukkan lagi keadaan, kebanyakan doktor memberi rawatan psikologi bersama rawatan dermatologi. Dos kecil anti-tekanan boleh mengurangkan stres dan mengelak ruam.
• Mengikut kajian, mereka yang mendengar muzik meditasi semasa terapi cahaya mendapati kulit mereka pulih 40 % lebih cepat.
• Rawatan hipnosis dan imej juga mengurangkan simptom ruam. Dengan bantuan ahli psikologi, anda akan dilatih untuk membayangkan imej yang dapat mempengaruhi psikologi anda. Apa yang penting adalah untuk mengawal tindak balas kulit terhadap situasi-situasi yang berkaitan. Ia memang berkesan.