Tahun 2017 bakal kunjung tiba! Selain memasang azam baru, pasti anda terfikir untuk mengubah gaya lebih menarik dan sempurna.
EH! tampilkan pilihan wajib jika anda ingin mengenakan persalinan seluar atau celana.
1. CELANA PATSY
Ilham sporty dan bersahaja yang digayakan oleh ikon fesyen, Rihanna bakal menjadi trend 2017. Rekaan berjalur lurus ala track suit dalam duo rona berbeza adalah trademark utama.
2. PIJAMAS MOOD
Apa kata beranikan diri untuk tampil bergaya dalam persalinan kamar anda! Yang penting ada aksesori tambahan agar gaya tampak lebih chic!
3. ESTETIK WIDE-LENGTH
Trend celana wide-length masih lagi menjadi pilihan utama kala bergaya! Bukan sahaja tampak selesa malah anda akan kelihatan lebih tinggi dan langsing.
4. EXPOSED ZIPPER
Rekaan perincian zip besar di hadapan potongan seluar kasual kian menjadi kegilaan masa kini. Ianya seperti simbolik statement bagi gaya seluar kasual ini.
5. DENIM ROSAK
Pilihan celana denim juga paling penting kerana ia mudah disuaipadan bersama persalinan yang polos. Rekaan denim rosak antara pilihan utama penggemar fesyen masa kini.