Sekuel Ada Apa Dengan Cinta terus membuatkan ramai penerbit dari bumi seberang mahu menghasilkan filem yang pernah hit sekitar tahun 2000 dan filem Eiffel I’m In Love adalah satu dari filem yang pernah berjaya pada masa itu.
Filem Eiffel I’m In Love 2 dikatakan akan terus menggandingkan Shandy Aulia dan Samuel Rizal sebagai watak utama. Berita itu dikongsikan sendiri oleh Shandy kepada media di Indonesia.
Filem sambungan itu dikatakan telah dijadualkan untuk mula dengan sesi penggambaran pada Januari 2017.
Sempat ditanya kepada pelakon jelita ini tentang pendapatnya tentang adakah ia akan mendapat sambutan hangat seperti AADC2, Shandy menjawab “Sebenarnya, ia bergantung pada tuntutan pasaran juga. Ini dari segi peluang perniagaan dan keuntungan. Jika saya seorang penerbit, saya juga akan melakukan hal yang sama.”
Tambahnya lagi, segala persiapan untuk memulakan proses perfileman sudah pun selesai termasuklah skrip. Filem Eiffel I’m In Love 2 dikatakan bakal mengambil tempat di Paris.
https://www.instagram.com/p/BOWXHZcgPvx/?taken-by=samuelrizal1&hl=en
“Kami akan melakukan proses penggambaran di Paris. Kini kami sudah pun masuk untuk persiapan skrip pula,” ujarnya.