Nampaknya tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. Kami senaraikan video muzik antarabangsa yang mendapat jumlah tontonan tertinggi sepanjang tahun ini.
Vevo telah mengeluarkan senarai video muzik paling banyak ditonton sepanjang tahun 2016. Dan ini lima video muzik yang mencatat jumlah tontonan tertinggi.
Tangga Kelima
Justin Bieber – “What Do You Mean?”
Jumlah tontonan: 1,002,151,667
Justin mencipta banyak kejayaan menerusi album Purpose, selain banyak tercalon (juga menang) di dalam anugerah bersifat popular, Justin juga membuktikan dia juga mampu memenangi hati juri profesional pabila dia turut dicalonkan dalam beberapa kategori utama di Grammy Awards yang bakal berlangsung awal tahun hadapan. What Do You Mean merupakan single pertama daripada album Purpose dan video ini dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Tangga Keempat
Calvin Harris – This Is What You Came For (ft. Rihanna)
Jumlah tontonan: 1,008,115,358
Video muzik ini diarahkan oleh Emil Nava dan untuk arahan fotografinya disempurnakan oleh Martin Coppen. Tambah hangat, kisah di sebalik lagu ini terbongkar pabila hubungan cinta antara Calvin harris dan Taylor Swift terputus di tengah jalan, yang mana khabarnya Taylor ada menyumbang suara dalam lagu yang dilancarkan pada bulan Jun 2016 ini. Malah Taylor juga ada mempersembahkan lagu ini secara live di Texas pada penghujung Oktober lalu.
Tangga Ketiga
Fifth Harmony – Work From Home (ft. Ty Dolla $ign”
Jumlah tontonan: 1,173,014,751
Siapa sangka video muzik lima gadis seksi ini mampu menarik perhatian seluruh dunia. Work From home adalah single sulung bagi album kedua mereka, 7/27. Lagu dan video ini juga meraih banyak anugerah termasuk Collaboration of the Year di American Music Awards dan MTV Music Awards.
Tangga Kedua
Adele – Hello
Jumlah tontonan: 1,255,754,358
Single pertama daripada album ketiga Adele berjudul 25 menduduki tangga kedua. Salah satu babak yang mendapat perhatian dalam video muzik ini ialah pabila Adele dilihat masih menggunakan telefon bimbit lipat, bukannya telefon pintar. Kata Adele dia sengaja menggunakan telefon lama kerana baginya dia bukannya membuat iklan komersial.
Tangga Pertama
Justin Bieber – Sorry
Jumlah tontonan: 1,824,823,909
Bintang pop kelahiran Kanada, Justin Bieber mengungguli tangga pertama dengan single keduanya daripada album Purpose. Biarpun dilancarkan pada penghujung Oktober 2015, namun lagu ini mendapat tempat menjelangnya tahun 2016.