Dilaporkan yang mana penyanyi terkenal ini sudah pun merangka majlis perkahwinannya lebih dekat dengan ahli keluarganya iaitu di Britain.
Adele sebelum ini dikatakan mahu melangsungkan majlis hari bahagianya pada saat akhir di Amerika ketika perayaan Krismas, namun ia terpaksa ditukar kerana sebahagian ahli keluarga Konecki tidak dapat terbang ke LA dek kerana ia dikongsikan dalam jangka masa yang pendek sementara keluarga terdekat sudah merancang pelbagai aktiviti untuk musim perayaan.
Awal minggu ini, khabar angin yang menyatakan penyanyi hebat ini sudah pun berkahwin setelah dilihat memakai cincin perkahwinan di jari manisnya.
Menurut laporan media antarabangsa, pasangan ini masih lagi belum dapat meletakkan sebarang tarikh untuk hari perkahwinan mereka dan tidak pun bergegas untuk mengucapkan ‘I Do.’
Sumber terdekat kepada pasangan ini menyatakan yang mana Adele dan Simon bersifat kekeluargaan serta menginginkan sesiapa yang rapat dengan mereka dapat hadir menyaksikan hari bahagia mereka dan disebabkan itu mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh perkahwinan mereka.
Majlis perkahwinan mereka dikatakan sememangnya bakal berlangsung tetapi cuma belum dipastikan di mana dan bila ia akan diadakan.