Seringkali mereka yang dilanda kesusahan atau masalah seakan buntu untuk mencari penyelesaian. Bukan sahaja minda serabut memikirkannya, malah daya keyakinan, rasionaliti malah aktiviti harian juga boleh terjejas. Akibatnya, individu itu terdedah kepada risiko kemurungan rentetan kesedihan yang berpanjangan.
Namun, kemurungan boleh bertukar menjadi penyakit jika keadaannya terlalu serius. Ada yang menganggap kemurungan bukan suatu penyakit sebaliknya simptom biasa yang boleh ditangani tanpa rawatan dan perubatan. Ada pula yang sanggup bertindak agresif dengan cuba untuk membunuh diri akibat terlalu tertekan. |
Menurut kajian, satu daripada 10 orang di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental manakala seramai 450 juta orang di seluruh dunia berdepan gangguan yang sama.
[tab:Punca]
Apakah punca yang boleh menyebabkan penyakit kemurungan?
1. | Genetik atau keturunan dimana penyakit ini wujud dalam salasilah keluarga |
2. | Kematian ahli keluarga atau teman rapat |
3. | Perceraian |
4. | Penyakit kronik seperti kanser, asma dan sawan mahupun pembedahan utama |
5. | Rawatan perubatan yang melibatkan hormon, kardiovaskular, steroid atau pil pencegah kanser, Parkinson dan hamil |
6. | Penyalahgunaan dadah |
[tab:Simptom]
Bagaimana pula dengan simptom penyakit kemurungan?
1. | Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan termasuk hobi atau seks |
2. | Sentiasa bersedih, resah dan menangis |
3. | Mudah tersinggung |
4. | Daya tumpuan atau fokus yang merosot |
5. | Hilang selera makan |
6. | Gangguan tidur termasuk insomnia, tidur berlebihan mahupun bangun terlalu awal |
7. | Simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, cepat terasa letih, sakit perut, gangguan penghadaman dan muntah-muntah |
8. | Hilang minat untuk bersosial dan mengasingkan diri daripada keluarga dan teman |
9. | Jantung terasa berdebar-debar dan sukar bernafas |
10. | Cubaan membunuh diri |
Penyakit ini tidak sepatutnya dipandang enteng kerana risikonya amat merbahaya. Pengidap boleh terdedah kepada masalah-masalah lain seperti kegemukan, gangguan kitaran haid, anemia juga perasaan rendah diri yang melampau.
[tab:Cara Atasi]
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi kemurungan?
1. | Usah malu mendapatkan khidmat pakar psikiatri atau terapi untuk rawatan intensif |
2. | Merujuk kepada doktor yang diiktiraf sebelum mengambil ubat anti-kemurungan |
3. | Pesakit perlu mendapatkan rawatan atau terapi secara konsisten dan teratur |
4. | Usah pendam sebaliknya perlu terbuka untuk berkongsi masalah |
5. | Menjalani diet sihat seperti pengambilan Vitamin B Kompleks, sayur-sayuran dan buah-buahan |
6. | Perbanyakkan aktiviti beriadah, senaman dan nikmati udara segar di luar rumah |
7. | Luangkan lebih masa bersama keluarga dan teman-teman |
8. | Membela haiwan peliharaan |
9. | Usah memutuskan keputusan penting ketika emosi sedang meledak atau tidak stabil |
10. | Sebaik-baiknya elakkan daripada mengunjungi pusat membeli-belah |
[tab:Tip]
Jika anda berdepan golongan yang mengidap penyakit kemurungan, ini pula tip-tipnya:
1. | Jangan memaksanya supaya ceria berulang-ulang kali |
2. | Jangan menyisihkannya sebaliknya bersedia mendengar masalah dan bantu mereka |
3. | Dapatkan khidmat kaunseling untuk membantu pesakit |
4. | Elakkan pesakit daripada meneruskan tabiat buruk |
5. | Bawa pesakit ke tempat-tempat yang boleh menenangkan perasaan dan minda |
[tab:END]