Pernahkah anda menonton filem Princess Diaries yang diterajui pelakon berbakat, Anne Hathaway? Ya, sudah tiba masanya untuk anda menjadi seperti Mia Thermopolis! Tidak hanya bergantung kepada solekan, wajah anda perlu menyerlahkan kecantikan sebenar. Ikuti rahsianya dalam artikel ini. |
Kening
Merapikan kening adalah antara langkah persediaan paling penting untuk wajah yang cantik. Sama ada dengan teknik threading, mencabut atau mencukur bulu kening, bahagian ini perlu dirapi dengan kemas. Bahagian penting yang perlu dirapi adalah di bawah dan atas bulu kening. Tetapi ingat, jangan mencukurnya sehingga menjadikan bulu kening kelihatan tipis! Cukup sekadar memberikan impak kekemasan pada keningmu. |
Produk untuk dicuba:
M.A.C tweezers, RM140
|
1000hour tweezers, RM12
|
Waxing
Menanggalkan bulu roma atau hair removal bukan sahaja menjadikan bahagian kulit kelihatan rata dan cerah. Ia juga melicinkan permukaannya. Waxing boleh dilakukan di wajah iaitu atas bibir dan dagu, tangan dan ketiak, kaki juga bahagian sulit atau lebih dikenali sebagai bikini wax. Bagi mereka yang pertama kali melakukannya, pastikan anda mendapatkan khidmatnya di pusat pakar kecantikan berpengalaman. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif pula, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lanjut kesan sampingannya. |
Gambar: Sloggi
Produk untuk dicuba:
Rangkaian wax strips dari Body Natur.
|
Penjagaan wajah
Mencuci, mengelupas atau exfoliating, penggunaan toner dan melembap adalah empat teknik penting untuk penjagaan wajah. Empat langkah ini perlu dilakukan secara berdisiplin bergantung kepada kekerapan penggunaannya. Namun, asas kepada kulit yang bersinar juga bermula dari dalam. Amalkan diet makanan yang sihat dan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ingat, anda tidak boleh memandang enteng aspek penjagaan ini untuk mendapatkan kualiti kulit yang sihat dan menawan. |
Produk untuk dicuba:
Rangkaian penjagaan wajah terbaru Bio Essence.
|
Manicure dan Pedicure
Kata orang, jika hendak tahu cara seseorang menjaga kebersihan dirinya, periksa kuku tangan dan kakinya dahulu! Kalau kotor, ish…memang pengotor orangnya! Untuk itu, berikan tata rias pada kuku agar tampak lebih bersih dan kemas. Terpulang sama ada untuk mewarnakannya atau pun tidak, asalkan kebersihan kuku dijaga dengan rapi. Mereka yang mewarnakan kuku pula perlu menggunakan base dan top coat untuk melindungi kuku daripada terjejas.
Produk untuk dicuba:
Set pedicure Bloop, RM19.90
|
Rambut
Ubah gaya rambut berupaya memberikan transformasi paling ketara untuk melihat kelainan seseorang. Dengan mendapatkan rundingan di salon rambut, anda perlu membuat potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka. Selain itu, mengubah warna rambut diiringi teknik melurus atau mengeriting boleh memberikan impak yang sungguh berbeza. Kekunci gayanya, tentunya keberanian untuk menggayakan transformasi baru anda! |
Skyter Samuels
Produk untuk dicuba:
Charles Worthington Frizz Free Ultimate Serum
|
Mousse L’Oreal Professionnel Curl Corset
|