Walaupun dengan sekali kelipan mata boleh membawa kepada khabar angin pabila anda bergelar seorang bintang terkenal.
Berita hangat dari bumi K-pop yang mana mengaitkan V dari kumpulan BTS dan Joy dari Red Velvet. Khabar angin kuat mengatakan yang dua bintang k-pop ini sedang menjalinkan hubungan cinta atau sekurangnya mempunyai satu kaitan istimewa antara satu sama lain dek kerana renungan V yang terlalu mendalam kepada Joy.
Netizen menyatakan yang gambar pasangan ini dirakam ketika berada di sebuah acara akhir tahun. Pada ketika itu dilihat yang mana V tidak lepas pandangan mata ke atas ‘girlfriend‘ nya itu.
Namun, ramai peminat yang percaya bahawa khabar angin itu tidak benar dan ada diantaranya menyatakan yang V sedang melihat MC. Ada juga yang percaya Joy dan V sememangnya menjalinkan hubungan istimewa.
Bagi pendapat anda, adakah mereka sememangnya sedang dilamun cinta?