Siapa solek siapa? EH! ‘stalk’ Instagram jurusolek ternama yang berkongsi momen-momen indah sewaktu merias wajah ‘mahal’ Hollywood.
Golden Globe berlangsung meriah dengan menyaksikan variasi gaya di karpet merah. Tetapi siapa yang merias wajah Emma Stone yang meraih anugerah Pelakon Terbaik? Siapa pula yang mendandan rambut Jessica Beil? EH! ada jawapannya!
Rachel Goodwin Merias Emma Stone
Emma Stone meraih anugerah Pelakon Terbaik (Komedi/Muzikal) dan jurusoleknya, Rachel Goodwin memuat naik gambar Emma menggunakan pupur dari jenama kecantikan Korea. Dan dia juga turut merias pemenang Anugerah Akademi tahun lalu, Brie Larson. Ternyata tangannya memang membawa tuah buat Emma Stone kali ini.
Kristofer Buckle Solekkan Blake Lively
Kristofer yang juga jurusolek peribadi Mariah Carey menjadi pilihan Blake Lively untuk merias wajahnya buat kesikan kalinya. Dan untuk menyempurnakan solekkannya untuk Blake dia menggunakan rangkaian L’oreal.
Hung Vanngo Siapkan Emily Ratajkowski & Deepika Padukone
Tak menang tangan! Jurusolek yang makin mendapat tempat ini dipilih merias wajah dua selebriti terkenal masa kini. Hung menggunakan Chanel untuk merias wajah Emily. Dan dia menggunakan rangkain Marc Jacobs Beauty untuk menyempurnakan solekannya untuk bintang Bollywood, Deepika Padukone.
Mary Phillips Solekkan Chrissy Teigen
Mary merupakan jurusolek kegemaran Jennifer Lopez dan sudah beberapa kali juga dia menyolekkan Chrissy termasuk untuk buku masakan Chrissy.
Jessica P. Smalls Solekkan JanelleMonae
https://www.instagram.com/p/BPB2GNUB1kR/?taken-by=jessicapsmalls
https://www.instagram.com/p/BPBlg4ahOTE/?taken-by=jessicapsmalls
Jessica menggunakan rangkaian Cover Girls untuk merias wajah Janelle Monae sementelah penyanyi juga pelakon ini adalah wajah kepada jenama alat solek itu sendiri.
Sir John Rias Olivia Culpo
Jurusolek yang selalu menyiapkan Beyonce ini dipilih untuk merias wajah Olivia Culpo. Dan dia menggunakan rangkaian L’Oreal Paris untuk solekan ini.
Adir Abergel Dandan Jessica Beil
Adir berkongsi gambar dandanan istimewanya untuk Jessica Beil, yang mana dandanannya ini diperindahkan dengan aksesori kolaborasinya bersama Lelet New York.