Pabila ada pihak yang berani mengambil kesempatan dengan menggunakan wajah Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk melariskan satu produk perangsang seks, pastinya satu tindakan undang-undang akan diambil.
Umum tahu yang mana Datuk Siti dan suami telah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun, namun masih belum dikurniakan anak. Disebabkan perkara itu, ada pihak yang cuba untuk melariskan perniagaan mereka dengan menggunakan gambar selebriti popular negara ini.
Iklan produk perangsang seks tersebut telah disebarkan menerusi laman Instagram serta berkait dengan sebuah artikel yang bertulis mengenai mati pucuk yang juga dikaitkan ke atas Datuk Siti yang semestinya satu perkara yang memalukan.
Menerusi Kosmo Online, Datuk Siti menyatakan yang beliau bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang menggunakan gambar beliau dan suami tanpa kebenaran serta dari situ ia mengaut keuntungan yang banyak dengan mudah.