Kalau bercuti di Pulau Pinang, apa yang dicari-cari pastinya hidangan nasi kandar atau pasembur. Tapi jangan lepaskan peluang untuk cuba kafe-kafe hipster di sana kerana ada yang buatkan percutian anda lebih berbaloi-baloi.
Pastinya ramai yang mahukan sedikit kelainan kala mengembara. Ada yang ingin mencuba makanan asli destinasi tersebut, ada yang mahukan percutian santai, mewah dan ada juga impikan aktiviti-aktiviti yang belum pernah cuba di tempat lain.
Selain dari mencuba makanan popular di Pulau Pinang, apa kata masukkan sekali kafe-kafe ini kala roadtrip ke sana. Ini kerana kafe chill dan cool yang EH! kongsikan ini punya citarasa dan keistimewaan masing-masing yang buatkan anda rasa tak rugi mencuba. Apatah lagi buatkan sesi selfie anda lebih cun nanti!