Rain dan Kim Tae Hee secara rasminya mengumumkan yang mereka bakal berkahwin pada Februari ini.
Meskipun agensi bagi kedua-dua selebriti popular Korea ini menafikan akan berita pasangan ini bakal berkahwin, namun setelah kekeliruan melanda pihak media di sana, pasangan ini kemudiannya secara rasminya berkongsi akan berita gembira itu menerusi laman Instagram masing-masing.
Rain atau nama sebenar Jung Ji Hoon mengakui akan menamatkan zaman bujangnya bersama Kim Tae Hee menerusi sepucuk surat yang dia muat naik ke dalam akaun Instagram miliknya.
Tulisnya,
Hello, saya harap anda semua berada di dalam keadaan yang baik ketika musim salji ini. Saya adalah Jung Ji Hoon.
Sudah 16 tahun saya berada di industri ini dan ramai peminat-peminat saya telah meningkat dewasa menjadi wanita yang cantik dan ada sesetengahnya sudah pun menjadi ibu-ibu yang terbaik. Saya juga sedang berusaha untuk menjadi ketua di dalam sesebuah rumah tangga sebagai seorang suami dan lelaki.
Dia sentiasa ada di samping saya ketika saya susah dan senang serta membimbing saya ke tahap yang lebih tinggi. Kepercayaan dan cinta kami sudah berputik yang mana ia akhirnya menghasilkan sebuah kesimpulan.
Majlis perkahwinan kami akan berlangsung secara tertutup kerana Korea sekarang ini sedang melanda tekanan emosi dan masalah kewangan. Saya berharap anda semua faham yang mana saya tidak boleh berkongsi di mana dan bila ia akan berlangsung. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang tidak henti menyokong saya selama 16 tahun dan saya berharap saya dapat mempamerkan rasa tanggungjawab itu dan sisi bersederhana saya sebagai seorang aktor dan penyanyi.
‘Bagi saya, dia adalah hadiah terbaik buat saya.’
– Jung Ji Hoon (Rain)
Kim Tae Hee juga telah mengumumkan perkahwinannya itu bersama Rain menerusi surat yang ditulis bakal suaminya itu di Instagram. Aktres itu kemudiannya berkongsi satu kenyataan menerusi agensinya iaitu Lua Entertainment:
Oleh kerana Kim Tae Hee dan Jung Ji Hoon bakal disatukan, kami mahu menjelaskan apa yang sedang berlaku. Mereka sudah percaya dan cinta antara satu sama lain dan kini mereka sudah mencapai kata kesimpulannya. Disebabkan negara sedang dilanda tekanan emosi dan kewangan yang tidak stabil, kami mahu menjalankan majlis perkahwinan mereka secara tertutup dan senyap di dalam satu majlis katolik. Atas kata persetujuan Kim Tae Hee, Jung Ji Hoon dan ibu bapa serta ahli keluarga mereka, masa dan tempat tidak akan diumumkan.
Ia akan menjadi sebuah majlis yang tertutup dan hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja termasuklah ibu bapa dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Bulan madu mereka juga masih belum lagi dirancang,
Mengenai anak, mereka merancang untuk memikirkannya secara perlahan-lahan selepas berkahwin nanti. Kami mahu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap sokongan yang anda semua salurkan.
– Lua Entertainment
Rain dan Kim Tae Hee mula berkenalan selepas sesi penggambaran CF pada tahun 2012. Rain kemudiannya dibaptis di Gereja Catholic selepas mula berkenalan rapat dengan Kim Tae Hee.
Pasangan ini sudah menjalinkan hubungan istimewa selama empat tahun. Sebelum ini, di dalam sebuah interviu bersama majalah InStyle, Kim Tae Hee pernah menyatakan dalam satu kenyataan.
“Ia ternyata seimbang. Kami santap bersama dan banyak berbual. Kami punya banyak persamaan dan personaliti yang sama. Saya sebenarnya seorang yang pendiam tetapi dia seorang yang lucu serta bijak dalam percakapan. Jadi komunikasi kami tidak pernah henti,” ujar Kim Tae Hee.