Saharul Ridzwan kini terbang ke Tanah Suci Mekah bersama isteri tercinta, Deena Emir untuk menunaikan umrah.
Sebelum ini, Saharul dilaporkan mengalami gangguan makhluk halus, namun ternyata dia kini sudah sihat dan terdaya untuk melangsungkan umrah.
Menerusi akaun Instagram miliknya, dia sempat memuat naik sekeping gambar sebelum terbang ke Mekah dengan kapsyen ‘Mummy, baby and Baba.”
Menurut laporan BH Online, pelakon ini sempat menyatakan yang mana dia berharap peminat dapat mendoakan urusannya sekeluarga dipermudahkan ketika di sana.
“Doakan juga kesihatan kami, dan dipanjangkan umur selama menunaikan ibadat. Semoga kami berdua mendapat umrah yang mabrur. Amin,” ujarnya.
Minggu lalu, Saharul dikatakan telah dirasuk ketika melakukan sebuah penggambaran telefilem berjudul Trauma. Namun, dia menafikan pabila ada yang menyatakan dirinya terpaksa tinggal berasingan dengan isterinya buat seketika kerana takut bimbang dia bertindak di luar kawalan.
Semoga Saharul Ridzwan dan isteri selamat menunaikan umrah dan mendapat umrah yang mabrur.