Masih lagi teringat adi busana yang digayakan oleh bekas Ratu Universe 2015, Pia Wurtzbach ketika di malam akhir di pentas Miss Universe yang ke-65.
Lambaian terakhirnya sebelum menyerah mahkota berlian miliknya cukup padu dan bersemangat. Mungkin dialah Ratu Universe paling diminati dan diingati seantero dunia ketika ini. Ayuh lihat beberapa persalinan menawan Pia Wurtzbach yang menjadi highlight malam itu.
1. Pretty in Pink
Gaun satin dari Sherri Hill cukup elegan dalam rona merah jambu terang yang disarung oleh Pia ketika dia diperkenalkan oleh Steve Harvey.
2. Terno Moden
Rekaan gaun labuh bersama perincian bahu Terno adalah simbolik gaya wanita Filipina. Gaun putih yang dihasilkan secara jahitan tangan ini adalah hasil rekaan pereka terkenal Dubai, Michael Cinco. Gaun ini daripada koleksi Haute Couture musim luruh 2016 bertemakan Terno dan Barong.
3. Dramatik renda
Tahun ini, dia menggalas tanggungjawab sebagai Co-Host Miss Universe yang ke-65. Kehadiran bersama gaun menawan paling dinanti-nantikan! Gaya kali ini masih lagi hasil rekaan Michael Cinco lebih dramatik dengan ilusi renda pada bahunya.
4. Backstage Gown
Dia tampil persis bidadari dalam busana renda tebal berona putih hasil rekaan Cherry Veric ketika sesi menemuramah di belakang pentas
5. Red Carpet Queen
Memilih persalinan berona merah terang ketika melangkah ke karpet merah Miss Universe ke-65. Gaun anggun ini hasil rekaan Francis Libiran yang sarat perincian art-deko dan bertatahkan manik serba eksklusif.
6. Glitz and Glamor
Tampil dengan dandanan rambut panjang lurus bersama persalinan gaun sarat dengan pilihan batu kristal Swarovski berona ombre cukup menampak dia paling menawan ketika malam terakhirnya.
7. Final Walk
Memilih rona signature, biru elektrik sebagai penutup kisah perjalanan sebagai Miss Universe 2015. Bukan itu sahaja, gaya ‘Final Walk’ turut diperkatakan orang kerana ianya sangat bersemangat di samping kata-kata terakhirnya. Gaun kembang berona biru ini hasil sentuhan eksklusif Michael Cinco menyingkap seribu satu kenangan manis buat empunya diri dan perekanya.