Neelofa akhirnya membuat pengakuan sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja seperti yang dikhabarkan sebelum ini.
Namun pabila ditanya status hubungan tersebut Neelofa tidak mahu mengulasnya dengan lebih terperinci. Menurut Neelofa yang ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru tudungnya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28, dia akui yang mana dia sebagai seorang selebriti dan kedudukan teman yang dikatakan kerabat diraja itu tidak boleh dilari dari andaian masyarakat.
“Apa yang boleh saya katakan, kami memang berkawan. Rasanya anda semua lebih bijak untuk menilai adakah saya layak untuk mengulas lanjut perkara ini,”katanya kepada media di majlis pelancaran koleksi Lady Lofa.
Neelofa turut berharap merayu supaya tiada lagi soalan berkenaan dengan perhubungan diajukan kepadanya kerana ia cukup membuatkan selebriti popular ini tertekan.
“Saya sangat tertekan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Isu Fattah sebelum ini dan kini ditambah lagi dengan isu ini. Hati saya hancur dan harap semua pihak dapat memahami dan memberikan saya ruang,” ujarnya.