Buku keluaran selebriti terhangat yang pernah dikaitkan dengan Neelofa berjudul 99 Kata-kata #Qalifmoden oleh Fattah Amin ternyata menerima kritikan hebat dari segelintir pihak termasuklah Sharnaaz Ahmad.
Tidak tahu apa yang terpendam di hati Sharnaaz kerana secara mengejut pelakon terkenal ini meluahkan perasaan di laman Twitter mengaitkan buku keluaran Fattah.
Tweetnya, “Aku tak pernah suka ko, sebab fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai. Tapak kaki menunggu jilaka.”
https://twitter.com/SharnaazAhmad/status/830768209556942848
https://twitter.com/SharnaazAhmad/status/830769197781184512
Sharnaaz pada masa yang sama seakan mempersoalkan penulisan Fattah di dalam buku tersebut yang baru sahaja dilancarkan. Buku tersebut sememangnya kini menjadi satu yang viral di media sosial dek kerana kandungannya yang dikatakan menggelikan.
https://twitter.com/SharnaazAhmad/status/830768700491911168
Segelintir dari peminat Fattah cuba mempertahankan buku tulisan selebriti kegemaran mereka itu, tetapi ada juga yang menyokong kata-kata Sharnaaz berkenaan keupayaan penulisan Fattah.