Halima Aden yang baru sahaja berusia 19 tahun sudah pun mencipta nama pada bulan November tahun lalu pabila dia memasuki pertandingan Minnesota Miss USA dengan mengenakan hijab dan terlihat dalam persalinan burkini untuk segmen pakaian renang.
Kali ini, Aden membawa bakatnya ke tahap yang lebih tinggi iaitu pentas peragaan. Remaja Somalia-Amerika ini baru sahaja menandatangani kontrak dengan agensi model IMG dan buat pertama kalinya dia muncul minggu fesyen di pertunjukan fesyen Kanye West Yeezy musim ke-5.
The finale at today's #YEEZYseason5 by #KanyeWest show during #NYFW. pic.twitter.com/nyPx65Nuxw
— IMG Models (@IMGmodels) February 15, 2017
Aden turut menyelusuri barisan orang-orang ternama termasulah Anna Wintour, Hailey Baldwin dan La La Anthony. Menurut presiden IMG, Ivan Bart, agensi permodelan itu sangat berbangga dengan komitmen Aden terhadap kepercayaan dan pegangannya yang mana termasuklah mengenakan hijab serta berpakaian bersederhana.
#HalimaAden debuts at #KanyeWest (@kanyewest)'s #YEEZYseason5 show today at #NYFW. pic.twitter.com/QocyBwaqZB
— IMG Models (@IMGmodels) February 15, 2017
“Saya dapat lihat yang dia sangat berani untuk kekal dengan pegangan serta kepercayaannya, pada masa yang sama masih mengejar cita-cita Amerika dalam menyertai pertandingan kecantikan,” ujar Bart.
“Halima memecah tradisi kecantikan dan persepsi ramai dengan menjadi dirinya sendiri. Saya tahu ini sangat berinspirasi dan saya tahu dia akan menjadi seorang ikon,” ujar Carine Roitfeld, peneraju CR Fashion Book.