Bayi yang paling disayangi dan kontroversi sekarang ini di India, tidak lain tidak bukan adalah anak kepada pasangan Bollywood popular iaitu Kareena Kapoor Khan dan Saif Ali Khan.
Baru sahaja berusia sebulan dan 25 hari, Taimur Ali Khan adalah bayi yang cukup popular sekarang ini dan sememangnya ramai yang menanti-nantikan gambar terkini anak comel itu.
Terbaru, sekeping gambar close-up yang dipercayai adalah Taimur telah pun tular di laman sesawang dan boleh kata ramai yang tidak senang duduk melihat kecomelan bayi itu. Rambutnya yang coklat terang semulajadi dengan bermata biru gelap menjadi bualan ramai peminat-peminat ibu bapanya.
Baru-baru ini di chat Facebook live bersama pakar diet Kareena Kapoor, Rujuta Diwekar, Kareena memberitahu rahsia disebalik kecomelan serta wajah kacak anaknya itu.
“Saya ujarkan perkara ini dengan bangganya Taimur adalah anak yang paling comel dan gorgeous, bukan kerana dia milik saya, tetapi kerana dia sememangnya mempunyai raut wajah yang kacak dan sempurna comel. Ya, dia memang mempunyai genetik Pathan, tetapi juga kerana saya banyak makan ghee ketika saya hamil,” ujar Kareena.
Pabila ditanya jika gambar baru-baru ini yang tular di laman media sosial adalah anaknya, Kareena menjawab, “Anak saya mempunyai rambut yang lebat dan berwarna coklat. I enjoyed my pregnancy and the world saw it. Saya mendapat sokongan dari keluarga, media, dan semua orang. Saya membawa Taimur dengan penuh kebahagiaan. Berat saya meningkat sebanyak 18 kilogram sehingga saya memasuki hospital untuk bersalin.”