Mungkin seakan tidak percaya, tetapi sudah kecoh sekarang ini mengenai rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally dilihat berada di ambang pergolakan.
Khabar berita ini kecoh di laman CARI sekarang ini. Ia mula menjadi buah mulut pabila Bella banyak memadam gambar mereka bersama di laman Instagram miliknya.
Pada hakikatnya juga, lebih banyak gambar Bella berseorangan di laman Instagram berbanding dengan rakan selebriti lain yang sudah berumah tangga pastinya lebih banyak memuat naik gambar romantis bersama.
Ada juga dakwaan mengatakan yang mana gambar percutian bulan madu Nazim dan Bella sebelum ini juga dipadam. Namun setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi yang keluar dari mulut empunya badan sendiri.
Mungkin ada jawapan serta alasan mereka sendiri yang masih tidak boleh dikongsikan pada umum. Apa pun doakan semoga Nazim dan Bella diberikan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat hendaknya.