Ummi Nazeera bakal menamatkan zaman bujangnya selepas Aidilfitri nanti bersama tunangnya yang merupakan seorang dan hanya mahu dikenali sebagai Mr.I.
Menurut Ummi, dia tidak bersedia lagi untuk mengumumkan tarikh bagi pernikahannya itu kerana ditakuti jika diumumkan tarikhnya akan berubah pula nanti.
Meskipun begitu, Ummi turut mengatakan yang mana dia pasti akan berkongsi tarikh tersebut pabila tiba masanya nanti.
“Sebelum ini saya ingatkan dia seorang yang serius. Tetapi apabila mengenalinya dengan lebih mendalam, rupa-rupanya dia seorang yang kelakar. Alhamdulillah, tempoh pertunangan ini menjadi masa untuk kami mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya sebulan sekali kami bertemu. Maklumlah, dia bertugas di sebuah hospital di Sarawak,” ujarnya kepada BH Online.
Ummi dan Mr.I mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember lepas. Masing-masing langsung tidak mengenali satu sama lain pada mulanya dan hanya bercakap menerusi aplikasi Whatsapp. Perkenalannya membawa kepada pertemuan yang turut ditemani ibu Ummi. Melihat pada keikhlasan dan keberanian yang ada pada Mr.I membuatkan Ummi percaya yang dia boleh menjadi ketua keluarga untuk dirinya.
Topik Berkaitan : Ummi Nazeera Bertunang Dengan Doktor