Hadir dengan 24 rona pilihan yang mendambakan serta teksturnya yang ringan dan selesa, Chanel Rouge Coco Gloss punya tarikan tersendiri yang boleh membuatkan si pemakai kelihatan lebih seksi.
Koleksi terbaru dari Chanel ini dihasilkan dengan kolaborasi bersama Lucia Pica, Pereka Kreatif Global Solekan dan Rona Chanel. Ia dicipta dari formula yang terbaik dengan menggabungkan bahan-bahan yang luar biasa hebat.
Tekstur Rouge Coco Gloss seakan gel melt-away yang menjanjikan keselesaan pabila dioles pada permukaan bibir. Dengan sapuan gloss terbaru dari Chanel ini, bibir akan sekelip mata lebih menyerlah seperti magis.
Yang istimewanya lagi, ia dicipta dengan formula tidak melekit dan ia mudah untuk sebati di setiap liku bibir dan memberikan ilusi akuatik.
Kunci utama pembuatan gloss ini adalah pada kompleks Hydraboost. Dengan gabungan lilin semula jadi jojoba, bunga matahari dan mimosa serta derivatif minyak kelapa semula jadi, bibir akan kekal selesa dan hidrat lebih lama.
Bahkan, ia mampu membuatkan bibir tampak lebih mungil dan lembut. Kemasan terakhir gel pula akan membuatkan bibir kelihatan berkilau dan memantul cahaya. Lihat sahaja efeknya pada Naddy Rahman!
LOOK 1 – ROUGE COCO GLOSS Epique
LOOK 2 – ROUGE COCO GLOSS Caviar (Black Top Coat) & ROUGE COCO GLOSS Décadent
LOOK 3 – ROUGE COCO GLOSS Excitation (Gold Top Coat) & ROUGE COCO GLOSS Nectar
LOOK 4 – ROUGE COCO GLOSS Heart Beat
LOOK 5 – ROUGE COCO GLOSS Amuse Bouche & ROUGE COCO GLOSS Chili
LOOK 6 – ROUGE COCO GLOSS Burnt Sugar
Rouge Coco Gloss dijual pada harga RM120. Untuk melihat himpunan penuh juga 24 warna Rouge Coco Gloss, layari link ini Pasti anda terpikat melihat kesemua warna yang ada.