Jika Februari lalu Neelofa sudah menyambut ulang tahun kelahirannya dengan sebiji kek yang bertatahkan batu Swarovski bernilai RM20,000, kali ini Noor Nabila pula mahu meraikan perkahwinannya dengan kad jemputan sarat batu permata itu.
Nabila sendiri telah berkongsi gambar kad jemputan ke majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Ternyata kad tersebut tampak mewah dan nyata eksklusif.
Rata-rata pengikutnya gembira akan berita pasangan ini dan ada diantaranya menginginkan kad tersebut kerana tertarik pada kecantikannya.
Baru-baru ini, Sharnaaz dan tunangnya, Nabila dipercayai sempat melakukan sesi penggambaran pra-perkahwinan. Menerusi perkongsian mereka di Instagram, Sharnaaz segak memakai tuksedo dan Nabila pula memakai dress berserta tiara di kepala.
Pasangan ini bakal dinikah pada 31 Mac nanti. Dikatakan yang mana pasangan yang cukup popular ini bakal mempunyai tiga buah majlis berasingan yang mana majlis pernikahan akan berlangsung pada sebelah malam 31 Mac, majlis resepsi sebelah perempuan pula pada 2 April di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur manakala majlis bertandang akan diadakan di Pulau Pinang pada 16 April.