Bekam atau blood cupping ialah teknik perubatan mengeluarkan darah kotor atau angin dengan cara memvakum kulit dengan balang kecil atau cawan khas bekam. Bekam wajah pula dilakukan di bahagian muka bagi mengeluarkan darah kotor. Darah kotor disebabkan oleh faktor pengambilan makanan berminyak secara berlebihan, alahan kepada kekacang atau makanan laut, stress dan resdung.
Gambar: www.sedty.com
Titik point bekam wajah bergantung kepada masalah yang dihadapi. Kebiasannya bekam wajah akan dilakukan di kedua belah pipi kiri dan kanan, dahi, bawah dagu dan mana-mana bahagian di muka yang ingin di bekam.
Manfaat bekam wajah:
Mampu menghilangkan jerawat pada muka.
Menaikkan seri wajah dan mengatasi masalah wajah kusam.
Dikatakan mampu merawat masalah resdung.
BACA JUGA: TOTOK WAJAH CARA ALTERNATIF UNTUK BOTOX
PENTING sebelum bekam:
Jika anda ingin melakukan bekam wajah, pastikan anda tidak makan 2 jam sebelum bekam dilakukan. Pastikan anda bukan dalam keadaan haid ketika melakukannya. Bagi yang menghidapi diabetes atau kencing manis, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor sebelum berbekam.