Model dan it girl Bella Hadid mahu semua bersatu dan menghormati antara satu sama lain, tidak kira warna kulit, bangsa mahupun agama.
Melalui temubual bersama sebuah majalah fesyen antarabangsa, Bella Hadid berkongsi mengenai topik sensitif yang jarang sekali dibincangkan oleh supermodel, iaitu agama.
“I am proud to be a Muslim,” kata Bella yang bapanya merupakan seorang Muslim.
Dan ini adalah pertama kali dia mengaku sebagai Muslim secara umum.
Bapa kepada Bella dan Gigi, Mohamed Hadid adalah mogul hartanah yang dilahirkan di Israel dan membesar di Syria dan Lebanon sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun sebagai pelarian.
“Bapa saya merupakan seorang yang kuat agama dan selalu sembahyang bersama kami,” tambah Bella.
Awal tahun ini, selepas Donald Trump memperkenalkan executive order untuk mengharamkan kemasukan rakyat dan imigran dari beberapa negara Islam, Bella dan kakaknya Gigi Hadid telah menyertai ribuan rakyat dan selebriti Amerika Syarikat dalam perhimpunan No Ban No Wall.
Ibunya, Yolanda Hadid turut menyertai perhimpunan di New York itu dengan membawa sepanduk “We are all humans”.
Gigi juga tidak malu untuk membincangkan perihal asal-usulnya selepas menghiasi muka majalah Vogue Arabia pertama. Kekasih kepada Zayn Malik yang juga seorang Muslim ini pernah meletakkan sebuah gambar di Instagram dengan caption ‘Half Palestinian & proud of it’.