Selain Huda Katan (@hudabeauty) lima blogger kecantikan Muslim ini juga perlu anda pertimbangkan untuk klik ‘follow’ sekarang!
Huda Katan antara mogul dunia solekan hari ini. Penggila dunia kecantikan mana yang tidak menggilai gincu dan pembayang matanya. Barisan pembeli di kaunternya di Harrods sentiasa panjang. Namun, selain Huda Katan, ada lagi blogger atau social influencer beragama Islam yang punya pengikut mereka yang tersendiri. EH! senaraikan lima mesti anda jenguk di Instagram (juga YouTube).
Dalal AlDoub @dalalid
Dengan jumlah pengikut melebihi 2 juta, tiada alasan untuk anda yang meminati dunia solekan tidak klik ‘follow’ akaun ini. Bertapak di Kuwait, Dalal tidak hanya berkongsi foto berkaitan dunia kecantikan, dia juga bijak berfesyen. OOTD nya sentiasa on point.
Tamanna Roashan @dressyourface
Tamanna Roshan bertapak di Los Angeles dan dia tidak mengehadkan kepandaiannya dalam bersolek di media sosial sahaja, malah dia turut mempunyai sekolah kecantikan sendiri. Dia juga sejak kebelakangan ini kerap berkongsi gambar bayi comelnya.
Habiba Da Silva @lifelongpercussion
Pengikutnya di Instagram sudah melebihi 600 ribu orang setakat ini. Baru berusia 22 tahun, Habiba bukan sahaja aktif berias untuk instagram dan tutorial, malah dia juga sibuk menguruskan perniagaan jenama kosmetiknya yang turut menggunakan namanya, Habiba Da Silva.
Shaz @sheikhbeauty
https://www.instagram.com/p/BSWAYydjdo5/
Jurusolek yang bertapak di kota London ini mempunyai pengikut melebihi 300 ribu orang. Dia tidak hanya membataskan kecintaannya kepada dunia kecantikan dengan menjadi jurusolek, malah dia turut memiliki jenama bulu mata palsu sendiri yang dikenali sebagai Sheikh Beauty Lashes. Shaz baru sahaja berusia 25 tahun.
Nura Afia @nuralailalov
https://www.instagram.com/p/BPLs3V2hiPi/
Punya pengikut sekitar 340 ribu orang, Nura Afia banyak berkongsi produk kegemarannya di Instagram, baik dari penjagaan kulit mahupun trik bersolek. Dia juga pernah menjadi pilihan jenama alat solek Cover Girl untuk membintangi kempen maskara mereka.