Baru-baru ini sekeping gambar Shah Rukh Khan bersama anak bongsunya iaitu AbRam Khan mencuri tumpuan ramai pabila si comel itu telah dilihat seakan mempunyai tatu yang sama seperti bapanya.
Gambar tersebut diambil ketika Shah Rukh Khan telah pergi menyaksikan perlawanan kriket bersama isteri dan anaknya itu. AbRam yang sedang mengenakan baju kemeja-T putih berkolar telah menampakkan sebahagian tatu pada bahagian dadanya.
Shah Rukh Khan turut memuat naik gambar tersebut di dalam akaun Instagramnya. Majoriti pengikutnya sememangnya teruja melihat momen bapa dan anak bintang Bollywood ini tetapi ada juga yang beranggapan tindakan aktor popular ini untuk mencacah tatu ke atas tubuh anaknya yang masih kecil adalah tidak wajar.
Sebuah portal di India melaporkan yang mana tujuan Shah Rukh Khan mengenakan tatu berkenaan pada dadanya hanyalah untuk filem terbaru arahan Imtiaz Ali yang masih tidak bertajuk.
Bahkan, portal BuzzFeed turut mengesahkan yang mana tatu pada tubuh Shah Rukh Khan hanyalah tatu sementara waktu sahaja. Ia dimaklumkan sendiri oleh tatu artis yang melukisnya iaitu Al Alva. Dia adalah seorang tatu artis yang sudah bertahun-tahun merealisasikan lukisan tatu seakan asli pada bintang-bintang Bollywood.
Jadi ini sekaligus menjelaskan yang mana tidak akan tergamak seorang bapa untuk mencacah tatu asli pada tubuh anaknya, apatah lagi masih kecil.