Pelakon popular, Ummi nazeera berkongsi dengan media tarikh majlis pernikahan dan resepsinya yang dirancang berlangsung Ogos ini.
Ummi Nazeera hari ini berkongsi dengan media tarikh majlis pernikahannya yang dirancang bakal dilangsungkan pada bulan Ogos. Dalam satu kiriman mesej yang dihantar oleh wakil pengurusannya Ummi berkongsi khabar gembira ini.
Kiriman mesej tersebut berbunyi,
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua sahabat handai dan rakan taulan yang Ummi kasihi.
InsyaAllah dengan izin Allah SWT, majlis Ijab & Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.”
Dalam kiriman mesej itu juga Ummi Nazeera berkongsi tarikh majlis resepsi perkahwinannya, yang mana dua majlis resepsi akan dilangsungkan iaitu pada 5 dan 12 Ogos. Menurut Ummi, kad undangan majlis perkahwinannya akan mula diedarkan pada bulan Jun nanti.
Menutup kiriman mesej itu Ummi turut berharap semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan.