Keserian wajah bermula dengan mencapai keseimbangan pada kulit. Anda juga boleh temui keseimbangan dengan memanfaatkan perubatan tradisi korea dari turun temurun.
Seimbang , Pulih
Kehidupan kita berpandukan oleh keseimbangan – hal pekerjaan , keluarga, cinta sahabat, tubuh badan dan minda. Apabila anda mencapai keseimbangan tersebut ia secara tidak langsung memberi cahaya keserian, dan kesihatan pada diri anda. Sulwhasoo mahu anda mencapai keseimbangan tersebut melalui ritual First Care dan juga kepentingan keseimbangan agar tampil cantik dengan asli dari luar dan dalam. Selepas menjalankan kajian selama 50 tahun, Sulwhasoo temui jalan penyelesaian untuk mendapatkan keseimbangan kulit! dengan First Care Activating Serum EX yang dilancarkan pada tahun 1997, serum berkuasa pertama yang dicipta dengan bahan-bahan herba perubatan korea. Hanya dengan satu serum ia mampu menangani masalah kulit yang dibelengu, terutamanya dehidrasi. Pada asas serum ini mengekalkan keseimbangan yang optimum dan merangsang keserian, hasilnya kulit tampil lebih kuat, terpelihara, sihat dan bermaya.
Kembali pada akar
Rahsia buat First Care Activiting Serum EX terletak pada keunikan JAUM Balancing Complex™, Bahan turun temurun yang menjadi warisan jenama kecantikan Sulwhasoo. Ia datang dari lima bahan yang membaik pulih tenaga pada kulit dan menyamarkan tanda-tanda penuaan. Dipilih dari 3000 jenis herba di dalam perubatan tradisional Korea, JAUM Balancing Complex™ terdiri daripada :
- PEONY : Menangani kekurangan yin dan melegakan kulit
- REHMANNIA : Merangsang peredaran darah di bawah lapisan kulit, memberi perlindungan dan melembapkan kulit
- SACRED LOTUS : Menambah lembapan dan keserian
- SOLOMON SEAL : menambah tenaga yin dan menggalakkan keanjalan kulit
- WHITE LILY : menyubur dan menenangkan
Keserian tiada tandingan
Untuk penggunaan yang lebih berkesan Sulwhasoo juga turut memperkenal First Care Activating Mask Baru. Pupur pakai buang ini juga turut dirumur bersama JAUM Balancing Complex™. Melekap pada wajah dengan selesa,ia menyalurkan bahan-bahan aktif untuk menyerap masuk pada wajah dengan lebih dalam dan meninggalkan hasil wajah yang lembap, sihat sempurna. Sesuai diaplikasi satu atau dua kali seminggu untuk hasil penggunaan yang lebih berkesan dan mengimbangi semula khasiat yang diperlukan oleh kulit agar tampil lebih berseri, kuat dan sihat.
#FindYourBalance
Set First Care Balancing, RM295
Manjakan kulit wajah anda dengan set eksklusif empat produk berkuasa yang mampu memberi impak keserian, antaranya First Care Activating Serum EX (60ml), Overnight Vitalizing Mask EX (30ml), Essentrue Body Cream EX (15ml) dan First Peace Candle (30g). Atau tebus First Care 7-day Balancing trial sample di kaunter Sulwhasoo seluruh Malaysia*
Penebusan boleh dilakukan bermula 1st hingga 31st May 2017, terhad kepada seorang sahaja bagi setiap penebusan, sementara stok masih ada.
BOLEH DIDAPATI DI SULWHASOO SUNWAY PYRAMID BOUTIQUE, PARKSON PAVILION KL, PARKSON KLCC, PARKSON 1 UTAMA, PARKSON SUNWAY VELOCITY, ISETAN THE GARDENS, AEON MID VALLEY, PARKSON GURNEY PLAZA PENANG, PARKSON IMAGO SABAH, PARKSON THE SPRING KUCHING AND AEON TEBRAU CITY JOHOR.