Lagu Negaraku biasanya akan dimainkan di TV apabila tepat jam 12 malam atau ketika perhimpunan sekolah setiap minggu. Tapi bagaimana jika anda perlu berdiri dan nyanyi lagu kebangsaan sebelum menonton wayang? EH! fikir ini sangat cool jika berlaku.
Gambar: leongsewyean.blogspot.com
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sedang berbincang dengan pengusaha panggung wayang di Malaysia untuk memainkan lagu Negaraku tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos. Jika mendapat sambutan yang positif, ia mungkin akan berlanjutan sehingga ke Hari Malaysia pada 16 September. Ini adalah inisiatif kerajaan bagi menyematkan semangat patirotik dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh, panggung wayang di Thailand yang memutarkan lagu kebangsaan negara mereka sebelum menayangkan filem.