Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata pertama mereka sebentar tadi.
Pasangan selebriti popular ini telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagram mereka. Menerusi akaun Instagram milik Syatilla, aktres kelahiran Pulau Pinang ini sempat memuat naik sekeping gambar dirinya bersama suami tercinta ketika berada di dalam bilik bersalin.
Syatilla turut meluahkan rasa syukurnya selepas selamat bersalin. Shaheizy Sam atau lebih dikenali dengan panggilan Sam turut berkongsi gambar yang sama dengan kapsyen mensyukuri kurniaan Tuhan itu. Bahkan, Sam juga berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah!!! Terima kasih atas doa yang baik2 dari anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?,” tulisnya sebagai kapsyen bersama #SamJunior.
Rata-rata peminat-peminat pasangan ini membanjiri ruangan komen gambar yang dikongsikan itu dengan ucapan tahniah serta mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
EH! ingin mengucapkan tahniah buat Syatilla dan juga Sam. Semoga kelahiran putera sulung ini membawa lebih kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.