Menurut penulis fesyen EH!, Yana Baharudin, jika diperhatikan fesyen jalanan mempunyai beberapa elemen penting yang sering diaplikasi pada penampilan. Helaian, aksesori atau perincian ini ada kalanya menjadi ‘statement’ serta daya penarik pada gaya yang cuba ditonjolkan.
Jaket
Gambar: Ashman Mahfudz
Ya cuaca di Malaysia membuatkan pemakaian jaket tebal adalah sangat tidak sesuai. Pilihan material jaket dari kain kapas akan membantu keselesaan kamu sepanjang hari. Pastikan pakaian dibahagian dalam kamu tidak terlalu tebal.
Beg
Gambar: Tengku Azura
Pilihan bg yang unik buat penampilan lebih istimewa. Tak perlu beg berjenama, jika ada masa terluang rajinkan diri ke pasar karat atau bundle untuk mencari sesuatu yang rare.
Kaca Mata Hitam
Gambar: Izara Aisyah
Memilih kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk wajah mencipta gaya ‘instant glamour’ pada penampilan keseluruhan. Rujuk artikel kami tentang KACA MATA DAN BENTUK WAJAH sebelum menggayakannya.
Kasut
Gambar: Asma Nasaruddin
Bergantung kemana hendak di tuju, bukan sahaja cantik tetapi keselesaan juga perlu diambil kira. Jika kamu selesa berkasut tinggi untuk lepak bersama teman apa salahnya.